04 October 2009

GEMPA DI SUMATERA TETAPI YANG RUNTUH BANGUNAN DI TERANGGANU

Masjid Kampung Batu Putih Kerteh Kemaman yang runtuh semalam

Kehilangan nyawa dan bangunan runtuh dua perkara yang berlaku setiap kali berlakunya gempa bumi seperti terbaru yang berlaku di Padang Sumatera Barat. Banyak nyawa yang terkorban dan bangunan yang runtuh atau tertimbus.

Tetapi lain pula yang berlaku di Terangganu, gempa bumi tidak, taufan tidak dan ribut pun tidak tetapi sering sahaja berlaku bangunan runtuh. Kalau sebelum ini bumbung sekolah dan stadium yang runtuh kali ini bumbung masjid pula yang runtuh.

Kejadian terbaru berlaku di Masjid Kampung Batu Putih tiba-tiba runtuh dan menimpa tiga buruh warga Indonesia yang datang untuk membaiki binaan itu di Kemaman, semalam. Kebetulan kejadian ini berlaku dalam parlimen Kemaman yang Menteri Besarnya berasal dari sana.

Pakar kaji bumi pastinya pening kepala dengan 'misteri' dan ' peristiwa pelik' yang berlaku di Terangganu. Selalu benar bangunan runtuh di Terangganu. Tak pasti le pulak sama ada masjid ini dibina era Datuk Idris Jusoh atau Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Jika begini keadaannya tidak mustahil 'tsunami' juga boleh melanda Terangganu bila-bila masa lebih-lebih lagi apabila senario politik di Terangganu di dalam Umno yang 'gempanya' tidak pernah berhenti menggoyangkan kepimpinan Ahmad Said sekarang.

1 comment:

roslibz.blogspot.com said...

Pakar-pakar Kajibumi dan Para Engineur di Malaysia hendaklah bersatu, merangka dan mengkaji balik struktur-struktur pembinaan dari asas hinggalah ke peringkat siap pembinaan yang bersandarkan kepada faktor-faktor gempa seperti pembinaan yang dilakukan diJepun serta negara-negara yang berstatus Gempa. Namun kita tidak boleh tidak menolak gegaran Gempa dan Kiamat yang akan berlaku pada bila-bila masa saja. Malayisa contoh negara yang jauh dari lingkaran faktor gunung berapi tetapi tidak mustahil Malaysia jugak akan terkena gegaran di pulau-pulau berhampiran khususnya di Pulau Filipina Dan Pulau Sematera yang sudah acapkali menerima gegaran gempa bumi memusnahkan ribuan rumah dan nyawa. Wallahua'lam.