21 October 2009
LAPTOP TERMAHAL DI DUNIA DIMILIKI KERAJAAN 1 MALAYSIA!
Saya yakin majoriti pembaca blog ini adalah golongan yang celik IT. Setidak-tidaknya tahu juga lah sikit-sikit bab komputer. Kalau nak beli laptop atau PC tu tahulah juga spec apa nak sebut. Ringkas cerita orang yang jual komputer tak boleh kelentong sebarangan.
Tetapi tahukah anda di Malaysia sebuah laptop jenama Acer Aspire 5052 berharga RM 42 ribu seunit! Perkara ini didedahkah dalam laporan Audit Negara berdasarkan pembelian yang dilakukan oleh agensi di bawah MARA. Boleh jadi laptop berkenaan disaluti emas tulen dan keyboardnya bertahtakan batu permata. Boleh jadi juga beg laptop berkenaan dibuat dari kulit buaya dari sungai Rajang spesis keturunan Bujang Senang!
Kita tunggu apakah reaksi SPRM adakah akan bertindak dalam isu ini atau SPRM hanya berminat rasuah yang berkaitan dengan lembu sahaja. Atau SPRM memang tak ada masa dan sibuk kini lebih-lebih lagi pendedahan ahli forensik terkenal Thailand bukti menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock sebenarnya dibunuh sewaktu berada di bangunan SPRM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Masalahnya Laporan Audit ni berada di planet PLuto, dan SPRM pula berada di planet Marikh. Jadi untuk berhubung antara 2 planet ni memakan masa trilion tahun. Tu pasal tiap2 tahun laporan keluar, takde satu pun SPRM siasat.
Memang dah tahap WAJIB dah ni BN perlu dijatuhkan, bukan tahap harus lagi. Jatuhkan BN, tubuhkan badan pencegah rasuah yang bebas.
Salam...Kembara Putih...Masalahnya lagi nak berhubung di antara Pulto dan Marikh SPRM naik kereta lembu.....Hanya orang yang tak normal sahaja akan berkata bahawa kerajaan Umno@BN telus dan bersih serta mengutamakan rakyat.
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kenapa kita orang Melayu sakit hati dengan orang Melayu dalam perniagaan .Apa nak diragu kan perihal lapuran Audit Negara tentang harga dua buah "LAPTOP" sebanyak RM 80,000.00 .Bagi saya memanglah harga pasaran sebanyak RM 4,800.00 tapi harga pasaran tidak termasuk perisian .Pihak Mara mungkin memohon kepada pihak pembekal untuk menambah berbagai bagai perisian portalnya .Munkin pihak Mara mohon kepada pembekal dimana "Laptop" tersebut menguna Satelite untuk mengekseskan pengunaannya . Jadi dengan perisian dan mengunakan satelite untuk melayar siber kira tidaklah mahal sangat cuma RM 80,000.00 . Tolong open minded sikit , macam mana orang Melayu nak maju jika ada orang Melayu serumpun rasa saki hati.Kalau tak faham bertanya jangan nak memandai mandai buat andaian .Kalau cakap orang melayu bodoh nanti marah.Ubah lah perangai Ankasanuri.
salam, Hj, Jamaludin untuk makluman saudara saya part time dalam jualan komputer dan saya tahu harga komputer dan aksesori serta hardware &software di pasaran. Pelajar di luar negara dari Malaysia seperti Jerman, UK, Ireland dan terkini dari Mesir membeli dari saya. Pembelian ini memang melampau dan membazirkan duit rakyat. Apa guna nak dengki dan sakit hati saya tak rugi apa2 tetapi yang menjadi masalahnya MARA seperti Ah long meminta hutang dari pelajar tajaannya walaupun masih belum mendapat pekerjaan dengan menyiarkan nama dalam akhbar (Walaupun diakui ada yang sengaja tak nak bayar) tetapi dalam bab pembelian dan invoice jualan MARA hanya mengayakan kontraktor kononnya atas nama Melayu yang lazimnya penyokong dan penyumbang besar kepada Umno> masalahnya lagi mara adalah agensi yang dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk membela golongan bumiputera dan bukannya melakukan penyelewengan secara terlampau. Tak itu pun payah nak faham?
assalamualaikum
saya pulak bekeja dalam bahagian Desingn & Devolpement(D&D) kat mutlinasional company,
kata haji jamulidin tu ada betulnya,so pokok pangkalnya kena siasat dulu,nampak zahir mmg amat mahal,tapi x la boleh tuduh terus macam2.
contoh la,laptop company sy pon yang kosong sbijik laptop ja,mahal dari pasaran,sebabnya laptop ni nak kena ada insuran lagi tah apa2 lagi la,tu belum masuk software office ka hapa ka
kalau masuk dgn software technical punya,lesen untuk satu sofware saja 1 juta pon ada.satu laptop satu lesen.
so andai kata la MARA beli tu untuk kegunaan pengajar technical derang yang perlukan software technical,x tekejut sgt la kalau setakat 42k.
andai kata bukan la herga mahal disebabkan software,kena la siasat xsusah pon,semua ada dokumen rasmi,boleh track siapa yang jual dan sebab apa mahal,kita tunggu dan lihat.... zasssss
hidup Najib kerana pandai bazir duit negara.Cikgu upsi susah nak posting mungkin kerana laptop ni mahal jadi kalau nak bagi kat 2000 orang setahun ni makan kos 5 billion kot.
salam ononymous 10.05 nak tahu juga apa software yang harga berpuluh ribu rm tu?
hj jamaluddin.
tidak salah untuk meletakkan laptop acer aspire sehingga ratusan ribu sekalipun tapi syaratnya senang jer:-
nyatakan secara detail apakah software yang dipasang dan status originalitinya. saya tak nafikan cd autocad original boleh menjangkau puluh ribu.
tapi yang musykil, setahu saya software original yang digunakan khas untuk industri pendidikan boleh dibeli secara murah dan sah daripada pembekal.
so menjadi persoalan sekali lagi mcm mana laptop begitu boleh dibeli dengan harga puluh ribu.
bukan menyalahkan MARA, cuba rakyat memerlukan penjelasan.
sebab nama MARA itu sendiri mewakili Majlis Amanah Rakyat
Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Balik Pulau, Pulau Pinang telah membeli dua unit “laptop” jenis Acer Aspire pada harga RM84,640. sedangkan harga pasaran komputer berkenaan hanyalah sekitar RM4,500 seunit atau RM9,000 untuk dua unit.
Kolej berkenaan turut membeli 15 unit printer laser berjenama HP model P3005X pada harga RM7,722 seunit sedangkan harga pasarannya adalah RM5,000 seunit.
MARA turut membeli sejumlah RM358, 476 buku panduan mengajar (teaching manuals) sedangkan didapati buku-buku ini langsung tidak digunakan. Selain itu ia turut membeli software computer bernilai RM2.08 juta yang ia tidak perlukan.
Post a Comment