15 October 2009

ORANG BAGAN PINANG TAK KENAL PAS. BAGAIMANA DENGAN MELAKA?

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata antara faktor kekalahan Pas di Bagan Pinang kerana orang Bagan Pinang tidak kenal dengan Pas.

" Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas. Oleh itu bila kita berkempen, sudahlah benda baru , bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas'.

Kalau Negeri Sembilan yang disifatkan kawasan paling kuat Umno di dunia, Pas telah menang satu kerusi di dun Paroi dalam pilihanraya umum lalu pun dianggap begitu agaknya bagaimana penerimaan masyarakat terhadap Pas di Melaka?

Melaka hingga hari ini Pas masih belum dapat bertapak dan menghantar wakilnya di sidang Dun. Dalam Pilihanraya umum lalu kebanyakan Dun yang Pas tandingi tewas dengan majoriti lebih 2000 undi. Tetapi sehingga hari ini Pas Melaka masih lagi dengan pendekatan lama dan gaya kepimpinan lama dalam menjual jenama Pas kepada masyarakat atau rakyat di Melaka. Hanya kepimpinan Pemuda dilihat lebih dekat dan cuba mendampingi masyarakat melalui program yang diadakan. Manakala yang lainnnya masih selesa dalam kepompong masing-masing.

Jika begini situasinya agak sukar Pas Melaka untuk memecahkan manopoli Umno@BN di Melaka. Satu perubahan drastik perlu dilakukan oleh Pas Melaka dari segi gaya kepimpinan, pengisian program dan, pendekatan untuk memenangi hati rakyat Melaka untuk memilih Pas sebagai alternatif terbaik kepada Umno@BN.

1 comment:

kakchik said...

Allah takdirkan PAS kalah untuk memberi pengajaran penting. Mungkin surat ini boleh diambil iktibar.

http://muslimatpc.blogspot.com/2009/10/pas-you-need-to-find-your-way-back-fast.html