30 November 2009

INUL DIBENARKAN GOYANG GERUDI KETIKA UMAT ISLAM NEGARA INI MENYAMBUT AIDIL ADHA

Aksi goyang gerudi Inul ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut Aidiladha

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.

Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton. Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.

Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini. Siapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini? Adakah kerajaan 1Malaysia yang diterajui Umno yang mendakwa mereka parti Islam tidak mengetahui bahawa Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram? Kenapa ulama Umno yang mengampu pemimpin mereka dalam isu doa Tuan Guru Nik Aziz senyap seolah-olah buta dan tuli dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?

Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?Jika itu syaratnya, maka dengan konsert ini semalam lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk tahun ini.


8 comments:

kembara putih said...

Salam Angkasanuri, selamat menyambut Aidil Adha. Satu liputan menarik.

Mana pergi Mufti Perak dengan fatwa2 cari makan beliau? Ini perkara besar ni, bukannya isu remeh. Jangan pura2 buta pula. Walaupun telah mendapat kebenaran kerajaan Najib, Mufti Perak mesti keluarkan fatwa halal sebagai pengesahan.

angkasanuri said...

Salam Kembara Putih, Selamat hariraya Aidiladha kembali...Tak tahulah apa nak jadi dengan mufti dan ulama yang ada dalam Umno...memang patutlah dulu TGNA satu ketika dulu memanggil mereka ulama terompah kayu...Untuk makluman tuan, pertengahan disember ini satu persiapan besar2an sedang diatur untuk konsert Shah Rukh khan di Melaka. DS Najib antara pemimpin Umno yang dijangka hadir.

Anonymous said...

umno mmg bkn prti islam..
ske ati diaorg la nk watpe pn...
xkn korg x paham2

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

sama-sama lah kita mengameenkan doa TGNA supaya Najib dan pengikut-pengikut asobiyahnya hancur.

Ayid said...

Salam Seikh.

Bila Tok Guru baca doa untuk hancur UMNO dan peminpin BN, heboh ulama UMNO mepertikaikan. Bila ada konsert macam ini mana pergi Mufti-mufti UMNO ngapa tak bersuara.? Mufti teman pun sama, enta tentu faham nama nya pun dah harus.

Kesempatan ini juga ana mohon enta link kan blog ana. Ana dah follow pengikut enta. URL ana ada kat sana
Syukran

Abu Muhammad Haikal said...

Salam Angkasanuri, selamat Aidil Adha.

Selagi umno memerintah segalanya mungkin terjadi dan tiada mustahil... sedangkan Al-Quran pun diorang suruh tafsir supaya sesuai dengan zaman, Islam yang syumul pun boleh jadi Islam Hadhari... aahhh... umno dan islamnya memang unik.... islam umno tak perlu menutup aurat.... apatah lagi dengan Jawatan Mufti yang setaraf dengan media pencacainya juga... apa pengertian Islam pada umno... wa pu chi tau... (cp)

angkasanuri said...

Salam Abu Muhamad Haikal..Era 1Malaysia semua boleh...Saya perhatikan ulama pengampu dalam Umno makin teruk dalam era Najib berbanding regim Mahathir dan zaman Pak Lah.

Salam Ayid, saya dah link kan boleh anta. Blog yang menarik. Terima kasih kerana menjadi pengikut blog ini.

Salam cicit HJHASSANu...ketakutan mereka pada doa TGNA bermakna satu pengiktirafan kepada TGNA.

Ayid said...

Salam angkasanuri, Syukran link blog ana. Blog enta ana dah link sama