28 November 2009

KENAPA PEMIMPIN UMNO BERIA-IA MEMPERTAHANKAN BTN?

Sehari dua ni polemik tentang BTN hangat diperkatakan. Setakat ini pimpinan Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP sebulat suara dan senada meminta BTN dimansuhkan. Bagi mereka yang pernah menghadiri kursus BTN mengakui bahawa BTN merupakan program perkauman dan propaganda politik murahan Umno. Jadi langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengharamkan BTN ibarat menggugat segala kempen dan kempen murahan Umno terutama terhadap pelajar pengajian tinggi yang baru menamatkan pengajian atau kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat.

Saya merupakan pelajar IPTA yang terselamat dari program BTN. Walaupun sebelum ini pernah diugut oleh pihak pentadbiran universiti bahawa jika tidak mengikuti kursus BTN akan berhadapan kesukaran untuk mendapat kerja. Ternyata itu semua cuma pembohongan dan taktik lapuk semata-mata. Bagi rakan-rakan yang pernah mengikuti BTN rata-rata meluahkan rasa kesal kerana BTN dijadikan alat UMNO untuk 'membasuh' pemikiran supaya menyokong Umno.

Jadi tidak hairanlah hanya Umno sahaja yang beria-ia dan bermati-matian mempertahankan BTN. Manakala pimpinan MCA,MIC dan Gerakan serta komponen BN yang lain hanya membisu dan tidak mengulas apa-apa tentang kewajaran BTN diteruskan.

Gelagat pemimpin Umno menggunakan BTN untuk kepentingan politik sempit sebenarnya tindakan terdesak dan menyalah gunakan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai. Tindakan berkenaan bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melampaui batas. Jika mereka berani sila buat kajian atau tinjauan berapa peratus rakyat negara ini yang bersetuju kursus BTN diteruskan dan berapa peratus yang setuju Umno menggunakan duit rakyat sebagai sumber menyebar propaganda mereka.

Untuk makluman pembaca blog dan pemimpin Umno yang beria-ia mempertahankan BTN, saya baru-baru ini telah diundang untuk menyertai satu kumpulan 'think tank' untuk menjadi penceramah kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat dan pelajar universiti yang sedang mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi. Apa yang lebih melucukan saya melepasi tapisan keselamatan dan senarai penceramah yang 'black list' pro pembangkang.Saya diminta agar 'membasuh' pemikiran kedua-dua golongan ini supaya menyokong kerajaan (Umno@BN). Insyaalllah saya akan guna kesempatan ini untuk menjelaskan betapa teruknya kerajaan umno@BN yang ada sekarang yang menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah dan kegawatan sosial, politik dan ekonomi yang melanda negara.

5 comments:

albangi said...

BTN – program BN-UMNO


Saya pernah ikuti program BTN (Biro Tata Negara). Kawan-kawan saya ketika berada di universiti juga pernah ikuti kursus BTN. Rakan-rakan sepejabat dengan saya juga pernah ikuti program BTN.

Tidak dinafikan tujuannya baik untuk

•memberi kefahaman menyeluruh mengenai dasar-dasar kerajaan Malaysia
•memilik nilai-nilai murni pekerja dan pelajar cemerlang
•membina sahsiah peserta
•merapatkan hubungan mesra dan silaturahim
Tetapi pelaksanaanya yang diragukan. Di dalam program ada dua perkara yang meragukan dan boleh dianggap sebagai melampau dan keterlaluan.

Pertama, ada kandungan yang cuba mengapi-apikan semangat Melayu dan meniup api chauvinistik Melayu. Implikasinya cukup jelas apabila peserta didoktrinkan dengan konsep dan semangat yang membawa kepada kebencian terhadap etnik lain. Suka atau tidak, ada peserta yang menerimanya bulat-bulat. Natijahnya amat menakutkan jika tidak tidak dibendung kerana ia boleh membawa kepada ketidakstabilan perpaduan dalam negara dan membuka luka lama yang membawa kepada 13 Mei.

Kedua, ada kandungan yang mempromosi perjuangan Melayu dalam mendapatkan kemerdekaan, dan diselitkan bahawa UMNO adalah hero dan juara kemerdekaan dan dalam masa yang sama menafikan sumbangan pihak lain khususnya ulamak dan golongan lain. Bukan itu sahaja, malah penceramah akan memperlekehkan peranan parti politik seperti PAS , PRM, DAP serta menyerang dan menghina pemimpin parti berkenaan dalam membincangkan isu ini.

Memang benar menurut beberapa kakitangan dan pelajar yang pernah saya temui menyatakan penceramah BTN pernah menyebut dalam ceramahnya bahawa PAS adalah ajaran sesat, DAP adalah ejen Singapura, Anawar Ibrahim homoseks dan ejen Yahudi. Apakah ini adil? Menyerang orang dan parti tanpa membuka ruang kepada orang yang diserang menjawab dan mempertahankan diri?

Saya masih ingat lebih 25 tahun yang lalu saya pernah hadiri program ala-BTN untuk pelajar yang akan pergi belajar keluar negara. Kami dihidangkan dengan perkara yang sama. Kami menyangi lagu ‘Anak Kecil main Api’, dan beberapa lagu lagi. Kami dihasut dengan doktrin ‘tidak hilang Melayu di dunia”. Kami dihasut membenci kaum lain yang mendatang ke negara ini. Ini semua kerja BN-UMNO. Ini semua propaganda BN-UMNO.

Sekembali saya belajar dari luar negara dan mula bekerja, saya ikuti program BTN. Ketika itu program BTN sudah mula di”Islamkan” sedikit oleh ahli-ahli UMNO dari ABIM. ABIM melalui IKD menyediakan modul lengkap untuk program BTN. Saya pernah lihat dan baca buku berkulit tebal biru yang mengandungi modul program BTN. Apapun, modul propaganda BN-UMNO tetap diteruskan walaupun tidak ditulis secara khusus dalam buku tebal itu. Kini ABIM sudah tidak lagi berperanan dalam UMNO setelah Anwar Ibrahim ditendang keluar dari UMNO. Modul BTN telah diubahsuai, malah kini lebih parah.

Maka wajarlah Selangor dan negeri-negeri di bawah PR menolak program BTN ini melainkan

1. modul ini disemak semula dan kandungan propaganda BN-UMNO diluputkan

2. BTN harus membenarkan pemberita dan pemantau yang terdiri dari parti politik untuk menjadi pemerhati sepanjang program BTN

Kepada pembaca yang ada pengalaman mengikuti program BTN di masa lalu, sila berikan respon anda. Terima kasih.

http://albangi.wordpress.com/

angkasanuri said...

Salam tuan brangi..terima kasih atas info.

angkasanuri said...

Salam tuan brangi..terima kasih atas info.

Anonymous said...

saya menghadiri BTN, ya, BTN terdapat unsur berbaur politik. Tetapi pada saya ia sama sahaja jika sesiapa pun yang mengelola, baik kerajaan BN atau pembangkang PR. PR ada SPIES & ia juga metod PR meniup kebencian terhdap pembangkang. tp BTN secara tidak langsung, menaikkan nama UMNO, jarang sekali mengusik atau mengutuk parti lain secara terus-terang klu ada pun secara kurang jelas. saya mengikuti BTN di Johor dan isu yang dibangkitkan lebih tertumpu pada pertahanan negara dr musuh luar. Diterangkan bagaimana negara boleh menjadi tidak selamat dan bila2 sahaja negara jiran terutama singapore boleh menyerang. disebabkan kami di johor, maka, kami adalah kubu pertama utk negara. didedahkan hasil tangkapan beberapa jet pengintip, serta pengintip dr singapore yg mengintip kem ketenteraan kita. Tidak pulak saya melihat ia menyindir mana2 parti politik. Ia meletakkan BN sebagai hero kerana peralatan ketenteraan kita + strategik + kawalan + latihan ketenteraan yang dibekalkan... lebih kepada sayangkan negara

MELAYU TAK KAN LUPA said...

salam all,

mungkin betul apa yg di beritahu oleh saudara penulis, mungkin saudara hebat samapai boleh dipanggil dalam golongan 'think tank'.. sewajarnya saudara tahu dimana suara orang melayu boleh disampaikan kepada org melayu sahaja (masjid kurang sesuai kerana ianya terbuka). julung kita ketahui kaum lain mempunyai persatuan atau pun tempat mereka memberitahu ideologi mereka...(kenapa banyak sek. CINA berpagar BATU)? paham ke apa yang meraka katakan (bahasa ibunda mereka)?

ana rasa mungkin golongan yg pernah mengikuti BTN (yg memperkatakan BTN ideologi UMNO/BN) itu tidak mendapat input yg sebenar atau kurang memahami apa yg cuba disampaikan... Dinihari yg diketahui MELAYU MUDAH LUPA, perlu diterapkan serba sedikit tentang KETUANAN MELAYU dan bukannya menolak kaum lain di TANAH MELAYU (MALAYSIA).

Satu sahaja yg ana ingin berkongsi (ana tidak tahu sama ada saudara perasan atau tidak). Dalam perlembagaan M'sia perkara 153 dan seantara dgn nya. ADAKAH MASIH LAGI KESEMUANYA HAK ORG MELAYU?

PEMILIKAN RUMAH = BANGSA LAIN JUGA BOLEH MEMBELI RUMAH ( MASIH LAGIKAH TANAH INI MILIK ORG MELAYU)

PENDIDIKAN = SIAPA LEBIH MAJU?

EKONOMI = SIAPA YG MENGUASAINYA?

TEPUK DADA TANYA SELERA...