20 November 2009

MANGSA SISTEM PENDIDIKAN PERCUMA 1MALAYSIA

Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..

Semasa pembentangan belanjawan tahun 2008, Dato seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sistem pendidikan percuma untuk murid dan pelajar di negara ini. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat ketika itu dengan tepukan meja dari wakil rakyat Umno@BN dengan pengumuman itu. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah saya turut menarik nafas lega. Saya yakin ibu bapa khususnya golongan bawahan seperti petani, nelayan dan peneroka merasa gembira dengan langkah Kerajaan 1Malaysia.

Walau bagaimanapun semua itu rupa-rupanya hanya gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Murid dan pelajar hanya dikecualikan yuran kira-kira RM 10 je yang lain-lain tu kena bayar seperti biasa. Cuma apabila ibu bapa dan penjaga bising-bising, pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan agar yuran berkenaan boleh dillewatkan. Tetapi bayar tetap kena bayar...Maka inilah mangsanya...

Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57.

"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.

Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.

Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.

4 comments:

al-brangi Online said...

salam,

negara kaya dgn hasil mahsul, tapi tiris ditgh jln

drafunt said...

Tahniah kepada beliau and ibubapa beliau. Mana dia wakil UMNO ataupun PKR yang selalunya berapi-api memperjuangkan orang Melayu? Takkanlah yuran tu pun tak boleh bantu? Tuan punya blog ada tau cara kita boleh membantu....no akaun ke?

Anonymous said...

termenung seketika... inilah bukti rakyat diutamakan...

Tp dekat sini pihak sekolah pun satu takkan laaa sekolah xder dana langsung atau xkan la xder cikgu yg sanggup menderma kepada pelajar cemerlang itu... hmmm bukan banyak pun.... kalo cikgu dahulu pelajar miskin cikgu yg pakat2 bantu... hmmm nasib...

Anonymous said...

Salam semua,

Ini lebih kepada sikap. Bapa saya yang berkerja sebagai tukang sapu sekolah pun dulu boleh sekolahkan kami adik beradik. 7 beradik semuanya. Tak pernah sangkut bayar yuran dan buku. Semua boleh berjaya. Masa tu langsung tak ada pengecualian yuran persekolahan dan peperiksaan sebanyak rm10 macam sekarang. Bayaran yang lain sekarang ini adalah ditentukan oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh PIBG. Kerajaan tak tentukan. Takkan lah duit RM57 tak boleh dijelaskan. Ansur-ansurlah. Kadang kala ibu bapa ni lebih pentingkan duit rokok dari duit yuran anak.