29 November 2009

NAJIB DAN UMNO TAK PERLU TAKUT DENGAN DOA TOK GURU


Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Umno tidak perlu risau dengan doa Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tak perlulah Datuk Hishamudin gundah dengan menuduh tindakan TGNA tak masuk akal.Jika mereka berada di pihak yang benar mereka tak perlu bimbang dan risau. Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya. Tetapi jika mereka menipu, merampas hak rakyat Kelantan dan terus menindas rakyat maka patut bersedia menanti akibatnya. Doa mereka yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah SWT.

3 comments:

kembara putih said...

Naik hairan dengan UMNO ni. Ikut individu tu la nak doa apa pun. Jika beliau rasa dizalimi dan dirompak tentulah beliau mendoakan kehancuran untuk perompak yang menzalimi beliau itu. Takkanlah setiap umat Islam di Malaysia ni perlu mendapat kelulusan dari UMNO sebelum berdoa. Berapa juta manusia Islam di Malaysia ni, nanti penuh sesak pejabat Mufti Perak beratur semata2 nak dapatkan kelulusan berdoa.

angkasanuri said...

Salam Kembara Putih...dalam era 1Malaysia nak doa kena dapat tauliah dulu!

Aizat said...

mengajar orang mengucap nak mati pun kena ada tauliah jgk...

macam-macam..