14 November 2009

ORANG MELAKA KENA KELENTONG LAGI..


Masih lagi tentang cerita Datuk Shah Rukh Khan (SRK). 1Malaysia malah 1dunia gempar bila Melaka melalui Ketua Menteri, Datuk seri Muhd. Ali Rustam mempertahankan gelaran Datuk kepada artis Bollywood ini.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan, akhirnya Shah Rukh Khan artis pertama Bollywood dan mungkin di dunia yang mendapat gelaran Datuk. Alasan Ali Rustam ialah untuk membantu promosi pelancongan di Melaka dan yang lebih utama SRK telah berjanji akan membina studio perfileman di Perkampungan Artis di Melaka Pindah dan menghasilkan filem di sini. Ketika itu Ali Rustam beritahu perkara itu akan terlaksana pada penghujung tahun ini.

Maka ramailah yang melopong dan tumpang semangkuk merasa bangga dengan penjelasan dari kerajaan Melaka. Maka masing-masing mempertahankan kewajaran gelaran yang diberi kepada SRK.

Ternyata SRK tidaklah sebodoh seperti yang disangka. Malah kenyataannya baru-baru ini seperti membodoh-bodohkan orang yang mempertahankan gelaran Datuk kepadanya. SRK memang le setuju datang pada hujung tahun ini tetapi bukan atas urusan membina studio perfileman atau shooting filem di Melaka tetapi untuk buat konsert di Stadium Hang Jebat. SRK kata dia begitu sibuk untuk komitmen pada studio filem dan buat filem di Melaka seperti yang dipersetujui sebelum ini. Kalau tak silap saya, Ali Rustam sendiri ke India pertengahan tahun ini berjumpa SRK dan mengadakan perbincangan ke arah itu.

Kalau sekadar nak buat konsert nak menghiburkan rakyat Melaka menonton aksi artis Bollywood tak perlu le susah-susah nak bagi Datuk. Artis Bollywood hari-hari boleh tengok dalam TV. Ramai lagi artis luar yang datang tanpa dijanjikan gelaran Datuk. Lebih malang lagi SRK menyatakan dia hanya bersetuju dengan konsert itu jika ia ditaja sepenuhnya. Maka Ali Rustam 'mendesak' syarikat Mamee Double Deccker menaja konsert berkenaan.

Apakah tak cukup lagi masalah sosial yang berlaku di Melaka akibat budaya negatif yang direstui oleh kerajaan Melaka melalui pelbagai persembahan dan budaya negatif? Apakah Ali Rustam nak mengiburkan dan melalaikan rakyat Melaka yang agaknya tak puas lagi menyaksikan pusat dan gelekan artis Bollywood saban hari dalam telivesyen? Apakah Ali Rustam nak beri lebih kepuasan kepada rakyat Melaka?

Mungkin inilah agaknya slogan rakyat didahulukan...Bayangkan berapa juta yang terpaksa bakal hangus jika konsert itu menjadi kenyataan. Berapa ramai lagi khasnya anak Melayu yang bakal rosak dengan konsert yang bakal diadakan? Berapa banyak lagi anak haram yang bakal dilahirkan di Melaka kesan dari konsert berkenaan? Kepada semua yang bersetuju terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuk kaki angguk anda jawablah di Padang Masyar nanti...

1 comment:

e said...

Salam Ziarah,
eden setuju bonar la ngan po yang tuan hambo tulihkan ni, memg dah lamo bondo ni bermain lari larian dalam benak hambo yang tak seberapo ni.Hambo sendiri tak tau, sampai bilo hiburan tu akan terus diadokan.Memg tak salah kalau nak buek hiburan, tapi kalau sumo tu jadikan hal negetif..apo yang nak dibanggokan?