04 November 2009

SATU LAGI PROJEK RUNTUH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Setelah jambatan runtuh meragut nyawa 3 murid di Kuala Dipang, Umno@BN meneruskan kecemerlangan mereka dengan satu lagi projek runtuh. Kali ini berlaku di Jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching, Rawang yang terpaksa ditutup kepada semua lalulintas hari ini akibat cerun runtuh pada 2.45 pagi tadi.

Bayangkan jika berlaku ketika waktu puncak atau waktu sibuk, tidak dapat dibayangkan berapa lagi tragedi ini akan meragut nyawa. Seperti biasa maka keluarkan kenyataan-kenyataan...Siasatan akan dijalankan, laporan akan diberikan...Kerajaan akan menyalahkan pemaju..pemaju menyalahkan kerajaan...Rakyat? Dengar je lah.....Insyaallah anda mampu mengubahnya dalam PRU ke 13 akan datang.

2 comments:

sama said...

Ye sume salah BN.Org lemas, org tertimbus sume salah BN.Pakatan Rakyat memang baik sekali.

aziz said...

ye memang betul. kadang2 tak masuk akal, semua yg berlaku disalahkan pada BN. Kita perlukan constructive opposition bukannnya destructive opposition...... ni yang buat terpikir ni kalau pilih pakatan rakyat nanti, mau semua kesalahan disalahkan pada previous government, bukannya nak menyelesaikan masalah...