31 December 2009

ENJIN JET DILARIKAN ASKAR PANGKAT RENDAH JE..


Apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengumumkan hasil siasatan polis bahawa tidak ada pegawai tinggi TUDM terlibat melesapkan enjin pesawat pemintas F5E mungkin ramai yang menarik nafas lega. Ini kerana tidak ada pegawai tinggi TUDM yang jadi petualang dan pengkhianat kepada negara.

Tetapi pengumuman ini sesuatu yang lebih malang dan mengejutkan. Ini bermakna enjin pesawat yang begitu besar sentiasa dikawal rapi dengan sistem keselamatan yang ketat diperlekehkan oleh askar biasa je.Agaknya mungkin askar pangkat prebet dan lans koperal aje yang terlibat. Jika begitu keadaannya satu hari nanti bukan sekadar enjin jet sahaja yang hilang selepas ini dengan jet-jet pun boleh dilarikan.

Tidak mustahil juga askar yang berpangkat rendah yang didakwa terlibat melarikan enjin jet ini sengaja dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan mereka yang lebih berkuasa di atas sana. Oleh itu saya menyokong satu Siasatan Diraja diwujudkan untuk menyiasat semua aspek dan pihak yang mungkin terlibat dalam kes ini.

Hanya Suruhanjaya Diraja sahaja yang dapat menyakinkan rakyat apa yang berlaku. Nak harapkan Jabatan Peguam Negara dan polis, lihatlah masing-masing hari ini macam main tarik tali. Peguam Negara kata kertas laporan tak lengkap, polis pulak kata maklumat tak lengkap. Jika macam tu lah keadaannya entah sampai bila nak selesai kes.

2 comments:

Anonymous said...

Jangan perkecilkan kehebatan mereka berpangkat rendah.
Sejarah telah membuktikan kehebatan mereka... siapa Hitler sebelum berkuasa. Siapa Idi Amin sebelum berkuasa dan siapa Napolean Bonarpart sebelum berkuasa dan ramai lagi sejarah dalam dunia yang menjadi saksi.
Jangan berharap kepada mereka yang berpangkat yang hanya tahu mengangguk macam unta kenyang.
Keadaan yang memalukan dimana general pun kena tipu lain lain pangkat. Tidak hairan kalau negara berperang kita lihat ramai general yang menangis dan terkencing dalam seluar. Tak malu ke general general yang ngook tu!!! berambus dan letak lah jawatan. Harapkan bintang atas bahu je tetapi otak tarak !!! sekurang nya ada sikap bertanggung jawab sebagai orang ngok!!! he he

Anonymous said...

Aik..pelik nya siasatan polis..kira hebat lah aska kat msia ni. Prebet leh jual injin kapal terbang. Pas tu setahun baru dpt tau. Rasanya aska amarika pun tak berani wat cam tu. MALAYSIA BOLEH...