25 December 2009

GEMPAR!!! KERANA POLITIK UMNO SELURUH AJK SYARAK SURAU/MASJID AN NANJIHIN LETAK JAWATAN SERTA MERTA!

Selepas solat Jumaat sebentar tadi, Imam 1, Imam 2,Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. Kenyataan itu dibacakan oleh Imam Shuib selaku Imam 1 di hadapan kira-kira 1000 jemaah jemaah yang hadir selepas Solat Jumaat. Menurut beliau peletakan jawatan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.

Namun, semua jemaah tahu bahawa surau An Najihin yang digunakan untuk solat Jumaat mengetahui campur tangan politik umno yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh Bilal 1 yang juga pengerusi surau iaitu orang kuat Umno yang selama ini melobi diri sendiri untuk jawatan berkenaan. Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK Umno yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan. Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat pada Umno di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka. Timbul tanda tanya siapa yang akan menjadi imam dan jawatankuasa syarak selepas ini memandangkan Imam 1 dan lain-lainnya cukup disenangi penduduk dan kariah serta telah lebih 9 tahun berkhidmat di surau berkenaan. Selepas ini saya yakin surau berkenaan yang sering imarah dengan pelbagai aktiviti akan dipinggirkan oleh majoriti penduduk setempat yang kurang senang dengan campur tangan politik Umno yang gila kuasa di situ.

Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.

4 comments:

Anonymous said...

Puak2 keris kat kariah ni la yg buat majlis korban & Tahlil kat balai raya..

Anonymous said...

bila hidung dah dicucuk maka jadi la hamba...kesian sipendek (pengerusi/bilal 1 kononnya tauliah pun takde cuma sijil kursus itupun entah betul ke tak) gila kuasa, belot, pengkhianat, talam dua muka, macam-macam ada masih tak sedar diri, tak tau dosa pahala...peruntukan pembaikan 75k apa yang kontraktor buat,,,sipendek defend kontraktor entah brp persen dia dpt, cadangan naiktaraf dari surau ke masjid....bukankah bertingkat-tingkat pahala selagi adanya orang yang solat sampai ke anak cucu kan, bodohnya dia. kalau kita dijajah oleh orang putih, kita nak perjuang kemerdekaan tiba2 sultan cakap jangan lawan,,duduk diam2...kan sultan tu bangang sangat, pengkhianat besar,,,semuga Allah balas yang setimpalnya, amin.Takut dengan JKKK pda masyuk agaknya, jadi budak suruhan maklumlah drebar, ketua umno pun drebar, JKKK cikgu ...ajar ajaran sesat, ada ke bila mesyuarat kat JAIM dia cakap lagi banyaknya masjid lagi memecahbelahkan orang melayu. masuk akal tak...cepat2 la bertaubat. lepas ni tak tau la bahana yang akan menimpa, Ya Allah kau jauhi kami dari malapetaka. KHAS UNTUK MASYARAKAT TAMAN MERDEKA JAYA ...SELAMA INI KAMU DIPERBODOHKAN OLEH PENGERUSI JKKK DAN KONCO2 DIA TERMASUK KETUA UMNO SERI GELAM, KETUA UMNO RASAU PANJANG, PENGERUSI SURAU AN-NAJIHIN...SEDARLAH....ALLAH MAHA BERKUASA

Anonymous said...

Surau tempat untuk berjemaah, bukan untuk cari duit. Sanggup nak memecahbelahkan masyarakat. Bukannya lebih banyak masjid yang menyebabkan masyarakat berpecah belah, tapi orang yang mementing 'perut' masing-masing yang menyebabkan masyarakat berpecah belah. Malangnya golongan ini ramai dalam UMNO..alamt & petanda akan hancurnya UMNO..dan akan menjadi seperti di Selangor,Perak , Kedah & PP...ada juga kebaikannya..bak kata Tun M..UMNO mmg dah busuk hingga ke ususnya...wslm!!

amk bukit katil... said...

salam...sy merupakan kariah tmn merdeka jaya,terkejut dgn berita pengumuman imam 1 tempoh hari.Dlm fikiran sy berdetik mengatakan ada sesuatu yg tidak kena dgn pengurusan masjid atau ada campur tangan politik.Sah!!!Campur tangan politik telah berlaku...Sy pun lihat memang pengawai syarak tidak memihak mana2 parti politik pun mahu umno,pas atau pkr...apakah rasionalnya 'banyak masjid,pecahkan kaum melayu?'pengerusi masjid itu mmg tak tau malu...telah dipujuk dgn pelbagai cara,berbincang,sehingga muka poyo langsung tidak berasa bersalah...pendapat sy senang...selagi ada 'org belakang' yg menyokong mana mungkin pengerusi ini takut rasa bersalah....mmg ada pihak yg melindungi beliau..kalau nak jd umno totok pun lantak p la...ni masalahnya untuk kebaikan qariah di tmn merdeka jaya...ayauh org2 tmn merdeka jaya,kita naikan sepanduk bulan atau bulan terbelah di kaw kita..baru mereka buntang mata dan tergigit lidah mereka ni...stakat menjadi pencacai ali ketam...sampai mana korang boleh kaya?JKKK terus mencekik...walaupun hanya sebagai guru..tapi rumah dan aset mengalahkan ahli koprat...korang dpt apa?stakat belanja teh di kedai ayob,sy pun boleh...hahahhaha...