27 December 2009

KEMARUKNYA UMNO-BN NAK BERKUASA DI SELANGOR


Pelbagai usaha dilakukan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Dari kepala lembu yang diarak dan dipijak hinggalah isu membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Semuanya dikaitkan dengan usaha merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Terkini satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka' penyokong' Pas berdemontrasi mendesak agar Pas keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kalau benar mereka ahli atau penyokong Pas sila istiharkan dari cawangan atau kawasan mana. Orang Pas tulen tak buat kerja pelik-pelik macam tu. Sekali imbas tengok muka-muka yang berdemontrasi itu sah muka-muka penyokong dan ahli Umno. Jika tidak saya cabar sila senaraikan nama yang terlibat dalam demontrasi yang katanya kurang 9980 0rang untuk capai 10000 orang untuk dibuktikan mereka adalah petualang atau tali barut umno@BN. Jika mereka ahli dan penyokong Pas, maka demontrasi itu menjadi sejarah kepada Pas kerana dalam sejarah Pas menyertai demontrasi kerana inilah demontrasi 'yang paling ramai orang hadir'.

Apa yang dilakukan hari ini menunjukkan betapa kecewanya Umno@BN yang seperti sudah kering idea untuk menggugat dan menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai taktik kotor dan konspirasi yang sebelum ini menemui kegagalan. Sekaligus apa yang berlaku hari ini menunjukkan betapa kemaruknya Umno@BN untuk kembali berkuasa di Selangor.

6 comments:

Shamshul anuar said...

Saudara angkasanuri,

Untuk pengetahuan saudara, protest di SEk 23 pasal kuil disertai oleh penduduk distu terdiri dari ahli PKR, UMNO dan PAS. Pengerusi surau adalah orang PKR.

Tiada kena mengena soal UMNO manipulasi. Usahlah menuduh . Usahlah memfitnah.

Mengenai protes siang tadi, ambil iktibar. Sedarlah ramai Melayu menyesal pilih PAS sebab PAS dah jadi kuli DAP. Janganlah cuba lepaskan diri dan salahkan UMNO.

Ayid said...

Salam sahabat,

UMNOngok sekarang, macam buat blog dan komen sendiri, dia tulis dia komen guna berbagai-bagai nama samaran. Itu lah rearlity nya UMNOngok ni sekarang. Dia buat demo dikatakan orang PAS dan Penyokong PAS,konon nak menjaga bangsa dan agama. Bangsa dia tak jaga agama pun tak jaga, buang anak merata=rata jaga agama apa. Tadbir

Art Pokon said...

Melayu asyik tipu Melayu. Cukuplah..
Zaman sekarang dah berubah. Kemabalilah ke alam nyata. Sekali pandang dah kenal 20 orang Melayu tu

alunbm said...

buat Shamshul anuar.Sedarlah ramai melayu menyesal pilih UMNO sebab UMNO mengamalkan politik WANG(rasuah).

Anonymous said...

Main nyorok2 plak siang2 hari... Peserta Raja Lawak musim keberapa ni..?

Anonymous said...

xplah..biarkn shamsul..die blum sedar dari lena sebab dh sedap mkn gula2 umno...kite doakan moge pintu hati die terbuka kpd kebenaran...Amin