23 December 2009

MENGAPA KEHILANGAN ENJIN JET 'HILANG' DALAM LAPORAN AUDIT NEGARA?


Laporan Audit Negara 2008 yang diumumkan baru-baru mendedahkan pelbagai kepincangan dan penyelewengan aset milik kerajaan. Ketika itu kredit wajar diberi kerana laporan audit yang dikemukakan berjaya mendedahkan pelbagai penyelewengan yang berlaku sehingga 'ikan bilis' dan 'jerung' yang terlibat tidak senang duduk. Laporan audit itu disifatkan telus dan memenuhi tanggungjawab serta menampakkan usaha untuk membendung salah laku dan salah guna kuasa.

Namun bila pendedahan kehilangan dua enjin pesawat pejuang F5E dan pelbagai alat ganti termasuk sistem avionik pesawat yang mencecah ratusan juta ringgit 'hilang' dalam laporan Audit 2007 dan 2008 pelbagai persoalan timbul. Adakah isu kehilangan ini sengaja ditutup dari pengetahuan umum atau memang pihak jawatankuasa audit gagal mengesan kehilangan tersebut?

Apa pun jawapannya, semua ini menunjukkan bahawa mungkin banyak lagi penyelewengan yang berlaku yang tidak dapat dikesan atau sengaja ditutup dari pengetahuan umum. Motifnya hanya mereka yang terlibat sahaja tahu. Sama ada melibatkan maruah dan keselamatan negara atau sengaja disembunyikan untuk melindungi pihak dan pemimpin tertentu daripada diheret ke muka pengadilan.

Apa yang berlaku akan melenyapkan keyakinan rakyat kepada kesungguhan dalam menangani rasuah dan ketelusan dalam pentadbiran negara. Semua ini menunjukkan bahawa dasar KPI, NKRA dan idea 1Malaysia hanyalah slogan dan retorik untuk mengkaburi mata rakyat daripada kerakusan dan sikap tamak pemimpin kerajaan yang ada untuk terus berkuasa.

Jika laporan Audit Negara pun tidak boleh dipercayai apa lagi yang boleh dipercayai di negara ini? SPRM, SPR, Polis, hakim dan mahkamah?

5 comments:

Anonymous said...

bro..
audit tidak dibuat kepada semua jabatan kerajaan pada setiap tahun.. jika tahun ini tidak dibuat tahun depan atau tahun seterusnya.. audit pula ada audit aset dan ada audit kewangan.. itu sebab dokumen kewangan kena simpan 9 tahun di setip jabatan.. paham sistem dulu baru hentamm...

angkasanuri said...

Anonymous 3.10 , hujah anda menunjukkan ketidakfahaman anda pada sistem.Untuk makluman anda saya datang dari keluarga yang mempunyai latar belakang tentera.Saya tahu bagaimana ketatnya prosedur pengendalian aset keselamatan negara. Beberapa orang kawan rapat masa sekolah kini adalah pilot jet pejuang TUDM. Di bawah standard ISO setiap jabatan kerajaan akan diaudit 2 tahun sekali. Tak tahulah mungkin aset TUDM hanya diaudit oleh Pengerusi JKKK. Kenyataan anda menunjukkan dengan mudah2 je aset kelamatan negara boleh diseleweng. Kalau tidak mana mungkin bom C4 yang begitu sofistikated tak dapat dikesan? Bukan begitu?

angkasanuri said...

Silap 2 kali dalam setahun...

mosabit said...

audit ker tak audit ker...itu lain cerita.....masalahnya benda jijik tu sekarang dah terponggeng ....satu hapah tindakan pun tarak...

ini kerana umno masih di sinun....jadi berdoalah kita agar umno cepat jahanam dan lenyap dari dunia ini.....supaya rakyat boleh dapat keadilan.....

Anonymous said...

Ada ke masuk akal bang oi!!! injin F5 yang rosak dah tak berguna berharga RM 50 juta???
Nampak benar Panglima Angkatan Tentera Bangang!!!!!