19 January 2010

INDIA BELI LAGI JET MIG 29N, MALAYSIA NAK LUPUS...


Rusia akan membekalkan 29 buah pesawat tempur jenis MiG-29 kepada tentera laut India menerusi perjanjian yang dicapai minggu ini bernilai AS$1.2 bilion (RM3.96 bilion).India sebelum ini telah menggunakan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) sejak tahun 1980-an lagi lebih awal daripada pembelian yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Tentera udara India berjaya membangunkan program R&D dan pemindahan teknologi hasil daripada pembeliaan dan penggunaan pelbagai pesawat pejuang dari Russia. Oleh itu, pesawat keluaran negara bekas Komunis itu berjaya dioperasikan dengan baik sehingga hari ini.

Malangnya, negara ini yang turut memiliki 17 buah MIG 29N sehingga kini tidak mampu untuk terus menggunakan jet pejuang berkenaan atas alasan kos penyelenggaraan yang tinggi. Maka Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa pesawat berkenaan akan dilupuskan pada penghujung tahun ini. Langkah kerajaan ini mengundang kritikan termasuk daripada bekas PM Tun Dr. Mahathir yang menyifatkan sebagai satu pembaziran dan membuktikan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Keputusan kerajaan untuk melupuskan pesawat berkenaan saya kira kena pada masanya kerana dibimbangi jika pesawat berkenaan terus di simpan di pengkalan TUDM ada kemungkinan enjin jet itu akan dilarikan ke luar negara!

1 comment:

Anonymous said...

Yob!!! TUDM tu sebenor nya bangang kerana General yang jadi kepala nya yang duduk sebagai Panglima angkatan Tentera Bahlol!!!
Injin buruk pun di nilaikan RM 50 juta tapi ada MIG yang elok lagi nak di tukarnya. Suruh dia berenti sahaja sebab dia pandai menipu dan MEMBELIT TETAPI TERBELIT DIRI SENDIRI. Tanya dia bila nak menetap di Dubai!!!
Poraaah la TUDM dan menteri nya pun ngok!!! Injin F5 hilang tetapi Panglima yang jaga nya pula di naikkan pangkat mana masuk akal patut nya semua kena pecat... apalah tuur.... Yob, belum tahu lagi bahawa dalam dunia hanya TUDM beli jet tanpa injin amacam hebat tak mereka tu. Tak caya cuba tanya Panglima Udara tu!!! Kalau kami prebet cabuk ni dah mampus kena tenyah!!!!! Sial punya kerajaan yang penipu........Poraaaah!!!