21 January 2010

KEBAKARAN YANG TERUS MENIMBULKAN MISTERI




Kapal pengangkut terbesar Malaysia KD Inderapura telah pun 'bersemadi' di perairan Selat Melaka. Kapal ini terpaksa ditenggelamkan kerana kebakaran yang hampir memusnahkan kapal itu sama sekali. Kerugian dianggarkan puluhan juta ringgit.

Dalam Lima 2009 baru-baru ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengumumkan hasil siasatan menunjukkan kebakaran kapal itu berpunca dari litar pintas. Bila sebut litar pintas ia boleh berlaku tanpa dijangka. Lebih-lebih lagi bagi kapal yang telah lanjut usia seperti KD Inderapura. Aspek penyelenggaraan dan pendawaian juga boleh menjadi punca litar pintas. Hal-hal pendawaian dan penyelenggaraan kapal pastinya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan. Pegawai Pemerintah kapal tidak ada kuasa untuk menentukan siapa yang diberi tender untuk melakukan kerja-kerja berkenaan.

Tetapi hari ini Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengumumkan bahawa Pegawai Pemerintah KD Inderapura akan dihadapkan ke mahkamah tentera atas kebakaran yang berlaku. Memanglah pegawai pemerintah bertanggungjawab penuh terhadap kapalnya tetapi dalam kes ini timbul kesangsian kerana Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa faktor fizikal kapal yang menjadi punca kebakaran dan bukan faktor kecuaian.

Sepatutnya yang disiasat ialah siapa yang melantik kontraktor terbabit. Adakah berlaku penyelewengan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan ? Saya bukan hendak membela pegawai pemerintah terbabit, tetapi apa yang dibimbangi pegawai itu sekadar menjadi 'kambing hitam' di sebalik kejadian yang berlaku. Dalam hal ini Panglima TLDM dan Menteri Pertahanan mempunyai tanggungjawab penuh atas segala yang berlaku.

2 comments:

budak kampung online said...

nak buat camana. kalau tak sabitkan panglima, zahid hamidi akan kena. nak jaga kedudukan konon. Wooit zahid jangan berdalih bahawa kaulah yang belasah rakyat marhaen. Letak jawatan lagi bagus. Rakyat tak mahu pertahanan negara dikepalai oleh samseng macam kau.

Anonymous said...

Bang betul lah tu apa yang di buat Panglima TLDM, hadapkan ke mahkamah tentera dan biar semua nya jadi jelas dan nyata bahawa pegawai memerintah KD Inderapura diberi peluang atas tanggungjawab yang diberikan dan kalau ada benda yang lain seperti kerja penyelenggaraan tak betul pasti akan terdedah. Zahid tak tahu apa apa lah bang!!! Kelabu asap!!!
Lain lah macam TEntera Udara, general yang bertanggung jawab jaga injin hilang dapat naik pangkat dari satu bintang jadi dua bintang-pelik la... brother dan aneh sikit, macam mana tu?. Pening kepala bang, kalau kami prebet dah mampus dah!!! bukan naik pangkat habis kena kopek!!! Panglima Udara pun buat buat bodoh sebenarnya memang ngoook bolih jadi Panglima Angkatan Tentera...pulak camno ni bang? Ni mesti ado apo apo ni jang oi.....kalah perang kita bang, baik baca Tukartiub!!! Tentera dah kena makan anai anai kepalo putih!!!