29 January 2010

PROGRAM GEGAU 1 MALAYSIA: UMNO-BN TIRU PAS MELAKA

Banner GEGAU ANJURAN Umno-BN

PAS Melaka gegau lama dah...

Pada 4 Febuari ini dijadualkan akan dilancarkan program GEGAU 1MALAYSIA. Majlis itu akan dirasmikan oleh Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak di Dataran Klebang. Katanya kehadiran dijangkakan 50 ribu orang. Saya dimaklumkan pihak sekolah, IPTA dan jabatan-jabatan kerajaan serta syarikat swasta di Melaka telah diberikan arahan untuk hadir ke program berkenaan.

Apa yang saya nak utarakan ialah Umno-BN Melaka seperti sudah tandus idea dengan meniru PAS Melaka yang telah melancarkan program GEGAU MELAKA pada 16 Disember 2007. Apa-apapun kita ucap terima kasih kepada kerajaan Melaka yang meniru idea PAS Melaka yang terbukti cukup berkesan 'mengegau' Melaka dalam pilihanraya umum lalu walaupun masih belum memenangi sebarang kerusi.

Kita tunggu siapa yang bakal 'bergegau' dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang pasti Umno-BN cukup 'bergegau' dengan sambutan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Melaka

2 comments:

Anonymous said...

hahha.. loser giler PAS. Setakat gegau pokok kelapa buat apa?? Kalau hebat.. gi ah buat 51 ribu macam malam smalam.hehe..

angkasanuri said...

kalau setakat paksa budak sekolah, cikgu sekolah berkumpul dari petang sampai malam jangan le nak temberang umno dapat sokongan. Saya ada maklumat/bukti Umno paksa budak dan cikgu sekolah pergi program umno!Itu belum masuk kakitangan awam dan swasta yang lain...Umno penakut terpaksa peralat budak sekolah!