Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Razak kerana telah berjaya memenuhi 80 % janji dalam manifesto yang dijanjikan dalam pilihanraya umum 2008.
Walaupun belum 24 bulan mengambil alih pemerintahan Kedah dari Umno-BN kejayaan mencapai 80% janji manifesto adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih lagi kerajaan PR Kedah sering diasak dan diserang dari pelbagai penjuru oleh pihak Umno-BN. Kalau markah periksa di sekolah atau universiti kerajaan PR Kedah sudah dapat A! Perkara itu diumumkan oleh exco Kerajaan Negeri, Siti Aishah Ghazali semasa berucap merasmikan Pasti Al Munnawarah Taman Lagenda Padang Serai Kedah.
Di antara janji dalam manifesto yang telah ditunaikan ialah :
1. Memperuntukkan sebanyak RM600 ribu setahun kepada sekolah agama rakyat. Disamping itu sebanyak 12.5 juta telah diperuntukkan kepada guru KAFA dan juga guru-guru Quran di kampung-kampung.
2.Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak 8.75 juta kepada Universiti Insaniah bagi pengurusan dan pentadbiran supaya institusi ini akan menjadi salah sebuah institusi yang terbaik setanding dengan IPT yang lain
3. Pada tahun 2009 yang lalu peruntukan sebanyak 26.5 juta kepada Maktab Mahmud telah ditambah kepada 28.5 juta pada tahun 2010 bagi menambahbaikkan institusi pendidikan agama tersebut di negeri ini.
Semoga kecemerlangan kerajaan PR Kedah akan turut menjadi contoh kepada kerajaan PR di negeri lain untuk membuktikan kepada pengundi dan rakyat di negara ini PR boleh menerajui dan mentadbir negara dengan baik seterusnya membuka langkah dalam persiapan mengambil alih Putrajaya selepas pilihanraya umum akan datang.

2 comments:
salam...memang maktab mahmud diberikan peruntukan yang lebih pd tahun ni, tp berapa ramai warga maktab mahmud yg dapat nikmati pemberian tersebut?
hanya pihak2 tertentu saja yg kenyang dan sendawa dengan wang 2 juta tu, yg lain tu lbh banyak menderita dan memendam air mata.
from : helmi, guru maktab mahmud
tak tau le betul ke tidak pencapaian PR di kedah atau hanya war war untuk menunjukkan kelemahan orang lain.
jika benar bagus lah
Post a Comment