Negara hari ini berada dalam situasi yang tidak stabil. Isu nama Allah boleh mengundang suasana konflik dalam negara.Buktinya sudah wujud cubaan untuk menimbulkan api permusuhan di antara agama. Gereja dibakar dan dilontar bom sebagai provokasi pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam situasi ini, saya melihat pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat lebih ramai turun padang berbanding pemimpin Umno@BN untuk meredakan keadaan selain menghulurkan simpati. Langkah ini wajar dipuji kerana jika isu ini gagal ditangani dengan baik maka tidak mustahil boleh mengundang tragedi 13 Mei kedua di negara ini.
Malangnya ketika negara berada dalam suasana tidak menentu, pemimpin nombor satu dan nombor dua boleh berada di luar negara. Seorang ke Jeddah dan seorang lagi di Kota London. Walau atas tujuan apa sekalipun sama ada tugas rasmi atau peribadi, ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ketika ini adalah sesuatu yang janggal.Dalam masa yang sama Menteri Dalam Negeri dan beberapa menteri lain juga 'tumpang sekaki' mengiringi PM dan TPM di luar negara.
Apakah yang lebih didahulukan?Tak bolehkah kunjungan tersebut ditangguhkan sehingga suasana dalam negara kembali reda? Pemergian ke luar negara ketika ini juga tidak wajar ketika rakyat dan negara sedang bergelut dengan krisis kewangan. Langkah berkenaan juga tidak selaras dengan dasar penjimatan yang kononnya diamalkan oleh kerajaan ketika ini. Rakyat disuruh berjimat, perbelanjaan kerajaan untuk rakyat disekat tetapi mereka boleh 'senang hati' berada di luar negara.

3 comments:
salam.
Salah ke depa tuh pi luar negara.... dah siasat dah ke tujuan apa depa pi keluar negara atas urusan rasmi ke peribadi... kalau urusan rasmi jgnlah dipertikaikan.. sebab nak jumpa PM atau org korporat kat kuar negara nih bukan cam nak jumpa mamak jual roti x yah buat appoinment...gunalah akal sket kaji dulu baru tulis jgn membuta tuli... kan kat malaysia nih ada polis yang boleh diharap... x kan benda camni pun nak kena tgu PM tangkap org kot..
ekonomi malaysia pun nak kena jaga juga.. nnt kalu pelabur lari hangpa salahkan kerajaan kata x padai cari pelabur... semua x kena....
kalau berani jgn block pendapat sya nih... br lah ada kebebasan bersuara...
Sebenar nya Malaysia tak perlu ada PM dan DPM. Keadaan ini terbukti dengan kedua dua nya berada di luar negara guna duit rakyat!!!!!!!
Poraaaaah lah BN/UMNO!!!!!
Salam kepada Rizal Jalil, bukan x nak siarkan komen penyokong Umno tapi kebanyakannya tulisan mereka x beradab. anda ni kira lembut walaupun masih boleh disopankan lagi...
Post a Comment