26 January 2010

ZULKIFLI NORDIN TERUS MENDEDAHKAN TEMBELANG SEBENARNYA


Sejak awal-awal lagi saya mendapati ada yang tidak kena di sebalik perwatakan sebenar Zulkifli Nordin ahli parlimen Kulim Bandar Baru yang semakin kerap beritanya dalam media-media milik Umno@BN.Akhir-akhir ini nada beliau senada dan seirama dengan pemimpin Umno, malah kadang-kadang bercakap seperti juru cakap Umno.

Beliau cuba menampil imej seorang pejuang Islam tetapi hakikatnya sikap yang ditunjukkan tidak mencerminkan akhlak yang sebenar. Isu kalimah Allah isu yang sengaja dipolemik untuk kepentingan politik dan bukan dalam erti kata memperjuangkan Islam yang sebenar. Bila berhujah gunakan hujah berdasarkan Al Quran dan hadis dan pandangan ulama muktabar. Kalau sekadar hujah dengan terjemahan yang tidak betul bersandarkan akal serta ditambah dengan pandangan ulama terompah kayu dan ulama upahan dalam Umno baik tak payah.

Bagi saya kehadiran Zulkifli Nordin dalam Pakatan Rakyat ibarat barah yang jika terus dibiarkan akan menyebabkan penyakit yang lebih kronik kepada Pakatan Rakyat. Biar hilang satu kerusi parlimen daripada menyimpan seorang wakil rakyat yang tidak faham konsep musyawarah dan berorganisasi serta tidak menghormati ketua. Saya cadangkan beliau masuk sahaja Umno atau menjadi ahli parlimen bebas seperti Ibrahim Ali yang tidak mempunyai maruah dan harga diri.

Dalam isu ini Zulkifli Nordin kena jelaskan benarkah wujud 'perjanjian' selepas Datuk Aziz Kadir Syeikh Kadir, calon Umno parlimen Kulim Bandar Baru yang 'bersetuju' tidak meneruskan petisyen di mahkamah selepas pilihannraya umum ke 12 kerana kegagalan Zulkifli Nordin menyediakan laporan kewangan kepada SPR semasa bertanding dalam pilihanraya 2004 yang menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen berkenaan?

7 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam

Dia ni mungkin bermazhab muktazilah

Anonymous said...

Setidak2nya Zulkifli Nordin lebih bagus dr Anuar dan Nik Aziz, tegas pendirian...kerana ISLAM

Anonymous said...

whats?????????????zulkifli nordin lebih baik dari nik Aziz,,,mengigau ke apa mamat ni,,,,

Anonymous said...

mamat ni bukan ngigau tapi mabuk todi....

Anonymous said...

apa pun tak kira apa pun pendapat zulkifli nordin kita kena utamakan perpaduan islam seperti yang diamanahkan oleh sunnah

Anonymous said...

Wang satu kontena sedang menunggu..
tunggu apa lagi lompat masuk UMNO...

Satu pengal MP sudah jadi jutwan..

Anonymous said...

mamat ni bukan pejuang islam.. pejuang DAP HAHA..