12 February 2010

KAPAL SELAM MALAYSIA TAK BOLEH MENYELAM


lepas satu-satu episod malang melanda aset sistem keselamatan negara. Setelah digemparkan dengan misteri kehilangan enjin jet pemintas F5E melibatkan askar pangkat rendah TUDM, angkatan tentera Malaysia menerima aib sekali lagi. Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam satu kenyataan mengakui bahawa Kapal Selam petama negara KD Tunku Abdul Rahman mengalami masalah tenikal. Kapal selam negara yang sepatutnya boleh menyelam, tidak dibenarkan menyelam!

Mengulas lanjut beliau berkata
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' . Apa dah jadi sebenarnya, belum apa-apa lagi sudah bermasalah. Isu komisyen pembelian kapal selam yang dikatakan melibatkan RM 600 juta masih belum dijawab dan dijelaskan dengan meyakinkan sehingga hari ini. Boleh jadi kontraktor yang membina kapal selam 'kebangaan' negara ini adalah kontraktor yang sama dengan kontraktor yang membina kolam renang di Kuala Terangganu sebab tu le bocor agaknya!

Dalam hal ini, Menteri Pertahanan ketika itu perlu bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dan tidak boleh menunding jari dan membiarkan Menteri Pertahanan sekarang untuk terkial-kial menjelaskan kepada umum. Apa yang berlaku merupakan satu lagi episod malang kepada aspek keselamatan di negara ini setelah pendedahan beberapa isu yang bukan sahaja memalukan tetapi boleh menggugat sistem keselamatan negara.

No comments: