Tetapi tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.
Selain itu bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.Manakala kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1.
Dalam masa yang sama beberapa peruncit juga turut mengadu kepada CAP bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat masin dan rempah ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Itu belum lagi kenaikan harga barang basah seperti ikan, udang dan sotong yang menunjukkan kenaikan terlampau sehingga membebankan pengguna. Justeru itu saya meminta menteri berkenaan tolong jawab apa yang sebenarnya yang sedang berlaku.
3 comments:
salam,
entah apa lagi la yang depa akan naikkan...ish,ish, rakyat yg tak mampu bertambah susah lee nampaknya...yg mnteri2 tu takper laa,depa ade duit berjuta-juta...
makin merana la rakyat...
tuan,saya amat berbesar hati sekiranya tuan dapat meletakkan link blog saya di blog anda...
sekian,terima kasih...
Subsidi dah hilang, minyak akan naik, bantuan sekolahpun dah ada yang takde, barang-barang naik harga, GST nak mula.....tapi masih taknak mengaku yang kerajaan dah takde duit. Ekonomi berkembang etc kononnya.
buang ajer menteri cam ni... bukannya nak buat kerja... pemalas.... nak buat kerja pun yang senang2 ajer... contoh macam janji2 kosong macam tu senang ler.. aku pun boleh cakap jamin harga tak naik... tapi kalau naik gak peduli apa aku....
macam mana rakyat macam aku ni nak pilih orang macam ni punya perangai... usah haraplah orang macam ni nak dapat undi aku... lebih baik dia duduk rumah sama2 dengan orang macam aku pilih orang yang mampu buat kerja utk kita...
Post a Comment