18 April 2010

PKR MENANG BERGAYA DI HULU SELANGOR


Keputusan undian SMS yang dijalankan oleh NTV 7 malam tadi :

1. BN - 6 %
2.PKR - 92
3.BEBAS - 2 %


Paparan keputusan SMS itu keluar tak sampai 5 saat pun...Nampaknya suku sakat BN mula tak senang duduk dan takut pada bayang-bayang sendiri. Setiap kali pilihanraya BN cukup takut dengan perkataan 'kalah'. Kepada semua pemimpin, penyokong dan petugas Pakatan Rakyat keputusan ini akan menjadikan BN lebih 'menggila' di Hulu Selangor.

Kepada penduduk dan pengundi di Hulu Selangor bersedia dengan ramalan cuaca... hujan duit yang dijangka akan turun sekali sekala dan kadang kala lebat terutamanya pada lewat malam.

Jika sebelum pilihanraya macam-macam janji dan rasuah ditabur sama ada bentuk wang tunai dan 'projek mee segera' secara berluasa. Saya tak nampak pilihanraya kali ini akan bebas dari rasuah, penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa. Lebih-lebih lagi dengan sokongan moral dikatakan lebih sekali ganda kepada Pakatan Rakyat dalam penamaan calon semalam.

2 comments:

Admin said...

hahaha.. BN pn nak menang jgk... tp menang rasuh la.. menang lompat... smua nk menang tapi cara tu salah..

al-brangi said...

Salam,

Kemenangan Pakatan Rakyat adalah kemenangan rakyat