29 May 2010

DAH NAK BANKRAP...TAK PAYAH TUNGGU 9 TAHUN

Datuk Idris Jala menteri di JPM kata Malaysia akan bankrap 9 tahun lagi jika mengekalkan dasar subsidi. Sebenarnya tak payah tunggu 9 tahun, selagi dibiarkan Umno-BN berkuasa Malaysia boleh bankrap bila-bila masa.

Berapa hutang negara sekarang? Saya tak tahu angka yang tepat tetapi saya cukup pasti bahawa jumlah hutang negara sekarang melebihi jumlah rizab dalam negara. Bila hutang lebih banyak daripada simpanan apa maknanya tu? Perbelanjaan melebihi pendapatan,bermakna negara ini berada pada situasi yang agak membimbangkan sekarang.

Dalam keadaan ekonomi negara yang kini terumbang-ambing, Malaysia masih lagi bermurah hati menyerahkan telaga minyak dianggarkan mempunyai rezab petroleum bernilai kira-kira RM 320 bilion, menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura dan menjual tanah rakyat negara ini kepada Singapura khususnya di Wilayah Pembangunan Iskandar.

Di sektor kerajaan pelbagai perbelanjaan mengurus dan pembangunan terpaksa ditangguh dan dihadkan sehingga menjejaskan pelbagai projek yang dirancang. Kononnya dasar berjimat cermat!

Zaman Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri, negara melalui dua kali zaman kegawatan di peringkat global iaitu tahun 1987 dan 1997 tetapi situasi ekonomi negara tidaklah seteruk seperti zaman Dato Seri Najib. Begitu juga pada zaman Pak Lah yang dianggap tak berapa pandai dan cekap memerintah jauh lebih baik berbanding zaman Najib sekarang.

Apakah ini bermakna era Dr Mahathir dan Pak Lah sudah puas berjoli duit negara dan duit rakyat yang akibatnya ditanggung oleh Najib yang mewarisi peninggalan perdana menteri sebelumnya?

Apa yang pasti Dr. Mahathir, Pak lah dan Najib adalah dari Umno-BN! Cukup-cukuplah jangan sampai generasi akan datang terpaksa merempat dan meminta sedekah di negara sendiri.Jangan sampai dah bankrap baru nak menyesal. Pastikan generasi akan datang tidak hidup dengan terpaksa bergantung dengan hasil judi seperti yang cuba dilaksanakan sekarang. Semua ini sudah cukup membuktikan kerajaan yang ada semakin terdesak dan tersepit, dalam erti kata lain sudah nak bankrap....

1 comment:

Anonymous said...

2020 negra maju
2019 negara nak bangkrup
apa punya syabu ni..........