28 May 2010

SOKONG LAH UMNO-BN KALAU NAK MINYAK NAIK

Minyak akan naik! Itulah 'hadiah' istimewa sebagai menepati slogan rakyat didahulukan. Paling lewat dijangkakan penghujung tahun ini. Dalam situasi atau zaman 1Malaysia pun sudah menunjukkan suasana yang cukup gawat mampukah kerajaan Umno-BN yang ada sekarang mampu bertahan dengan kos subsidi sebagai membantu golongan pertengahan dan bawahan di negara ini?

Walaupun Perdana Menteri 1Malaysia kata, suara rakyat akan diambil kira sebelum membuat keputusan sebarang kenaikan harga minyak tetapi itu cuma cakap-cakap politik. Selama ini banyak keputusan kerajaan 1Malaysia yang menafikan hak dan suara rakyat.

Paling terbaru apakah penyerahan dua telaga minyak yang dianggarkan bernilai RM 320 bilion kepada Brunai mengambil kira suara rakyat? Begitu juga dengan penyerahan tanah KTMB di Singapura? Judi bola pula macam mana? Malah parlimen juga tidak dimaklumkan tentang semua keputusan penting yang membawa implikasi cukup besar kepada negara.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) berkata dalam tempoh sembilan tahun negara ini boleh bankrap jika terus mengekalkan dasar subsidi juga tidak boleh diterima.

Ini kerana kerajaan Umno-BN membuktikan mereka mempunyai simpanan wang yang melimpah ruah seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya kecil yang lalu. Malah kerajaan Umno-BN memiliki wang yang banyak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan memberi 'saguhati' kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang melompat kepada Umno-BN.

Malah pendedahan bahawa zaman Dr. Mahathir dan Pak Lah Perdana Menteri menyebabkan pembaziran ratusan bilion ringgit kepada negara ini membuktikan kerajaan Umno-BN mempunyai banyak duit.

Maka tak ada sebab dan alasan Kerajaan 1Malaysia Umno-BN hendak menaikkan harga minyak seperti jadual yang dicadangkan ini:

2011 - RM2.16

2012 - RM2.20

2013 - RM2.34

2014 - RM2.52

2015 - RM2.60

Tetapi jika kita nak merasa juga harga minyak naik maka jomlah kita pakat-pakat undi Umno-BN lagi dalam pilihanraya akan datang....

No comments: