08 June 2010

ISU JUDI SUKAN : DUA KALI BERDOSA


Judi haram, itu jelas tanpa ada qilaf di kalangan ulama muktabar. Judi menurut Al Quran dan hadis adalah antara perbuatan yang dikateogorikan dosa besar. Selain judi, menipu atau bercakap bohong juga dilabelkan sebagai berdosa dan dimurkai Allah SWT. Istilah 'bohong sunat' cuma ada dalam kamus orang Melayu. Walaupun dalam keadaan tertentu, berbohong diharuskan tetapi mempertahankan judi atau yang sewaktu dengannya sama sekali mengundang dosa berganda.

Dalam isu meluluskan lesen judi, Tan sri Vincent Tan kata sudah dapat kelulusan dan Menteri Kewangan yang semua sedia maklum siapa. Tak pasal-pasal semalam Utusan Malaysia dalam muka depan memetik kata-kata Menteri Kewangan di parlimen semalam bahawa kerajaan 1 Malaysia belum lagi meluluskan lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.

Apa yang pasti sudah dua kali dosa dilakukan di sini. Di pihak Vincent Tan peduli apa dosa pahala kerana dia bukan Islam. Tetapi jika dilakukan oleh pihak yang satu lagi, maka sudah dua kali berdosa. Pertama, lulus lesen judi dan kedua bercakap bohong tentang isu judi.

1 comment:

Anonymous said...

HISHAMUDDIN : THE BETTING LICENCE WAS APPROVED A LONG TIME AGO –bernama

(Bernama) - Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein urged state governments to stop speculation and work with the Home Ministry to tackle the football betting issue.
"Rather than making noise from the outside, state governments can offer their suggestions and ideas to overcome this black economy.
"The betting licence was approved a long time ago but it was made to look like it was only recently approved


LESEN JUDI BELUM DI KELUARKAN KEPADA ASCOTS SPORTS :PM – bernama

7 Jun (Bernama) -- Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Najib Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Isnin.

FJ