17 June 2010

SETELAH KIKIS DUIT PETRONAS DANA FELDA PULA JADI MANGSA

Saya tidak terkejut apabila kerajaan 1Malaysia mengumumkan bahawa dana Felda merosot kira-kira RM 2 bilion. Mungkin ramai yang tak menyedari bahawa, Felda merupakan GLC kedua terkaya selepas Petronas. Jadi tak pelik kenapa dan mengapa Perdana Menteri 1Malaysia begitu tertarik dan teruja dengan Felda.

Salah seorang ahli keluarga saya yang merupakan top 5 di Felda memberitahu pentadbiran dan pengurusan Felda selama ini merasa kurang senang apabila dana Felda sering digunakan kononnya untuk menyuntik aliran modal dan membantu ekonomi negara.

Perdana Menteri selama ini dilihat kononnya sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat dengan Felda. Malah media sering menggambarkan bahawa beliau merupakan penerus kesinambungan bapanya yang bertanggungjawab untuk mengasaskan dan menubuhkan Felda. Rupa-rupanya itu semua cuma lakonan untuk mengkaburi pandangan umum.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor menjadi contoh terdekat bagaimana dana Felda digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional untuk merasuah pengundi.

Situasi ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi cuma baru kini didedahkan, itupun apabila melibatkan penyusutan jumlah dana yang bernilai bilion ringgit. Jika Umno BN dibiarkan terus berkuasa Dana Felda bukan hanya akan susut RM 2 bilion mungkin selepas ini habis segala aset harta dan tanah milik Felda akan tergadai dan dijual.

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya apa yang kamu perdulikan! Kepimpinan UMNOlah yang menyebabkan FELDA dan PETRONAS menjadi sebuah organisasi yang kayaraya. Jika selepas itu mereka gunakan sebahagian duit Felda maupun Petronas untuk kegunaan kerajaan memajukan negara, apa silapnya????.
Kekayaan PetronaS MAUPUN fELDA ADALAH HASIL USAHA umno DAN BUKAN dap ATAU pkr ATAU pas ATAU nGO'S. mAKA DENGAN ITU JANGAN CAKAP BANYAK.
Bukan anda yang harus bersuara, tetapi ahli umno atau ahli BN. Ada fahamkah???

pacayang said...

ini bukan sAlah BN. mungkin ada sedikit masalah dalam keawangan bukan BN. oleh itu, kerajaan haruslah mencari dimana kesilapan dalam hal ini. Supaya Felda pendapatan akan tetap meningkat bukan susut.

uranglama said...

benarkah dakwaan yang yang dibuat dalam artikel ni? apapun siasatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kemerosotan FELDA ini.

kembara putih said...

Bukan saja FELDA, negara juga bakal bankrup tak lama lagi.