04 July 2010

MENGAPA PENEROKA JE YANG MEMPERTAHANKAN FELDA?

Sehari dua ni Umno-BN dapat modal baru untuk menyerang Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam isu Felda bangkrap. Selama ini seluruh dunia tahu, peneroka Felda umpama 'Fixed deposit' atau tali hayat kepada Umno-BN.

Sejarah pilihanraya di negara ini dan pengalaman saya sendiri terlibat dalam mengendalikan jentera pilihanraya dalam dua siri pilihanraya umum di peringkat DUN, kawasan Felda diakui masih lagi 'karat biru' dengan pengaruh Umno-BN. Walaupun Generasi kedua dan ketiga Felda sudah mula menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Antara faktor peneroka generasi pertama khususnya takut menyokong Pakatan Rakyat kerana bimbang tidak mendapat hak milik tanah, disekat pelbagai bantuan atau diugut disingkirkan dari rancangan Felda. Ini merupakan modal Umno-BN setiap kali pilihanraya. Semua ini menyebabkan peneroka Felda diumpamakan seperti dicucuk hidung terpaksa mengikut sahaja arahan pihak pengurusan Felda untuk menjayakan agenda politik Umno.

Maka tidak hairanlah peneroka Felda mudah dikerah dan diarah untuk hadir ke program Umno atau apa sahaja program tajaan Umno. Misalnya dalam isu didedahkan oleh Suara Keadilan tentang Felda bangkarap, maka sekali lagi peneroka di merata ceruk diperalatkan untuk menyatakan sokongan kepada Umno dan memprotes PKR.

Apa yang peliknya, saya tidak pula melihat pihak pengurusan tertinggi Felda mempertikaikan kenyataan Suara Keadilan bahawa Felda bangkrap. Adakah ini semua menunjukkan bahawa pihak pengurusan Felda sendiri mengakui dana Felda digunakan sesuka hati untuk menjayakan agenda politik Umno-BN? Atau semua ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan tertinggi Felda sudah cukup meluat dengan kerakusan Umno mengikis duit Felda?

Saya difahamkan maklumat penyalahgunaan dana Felda dimaklumkan oleh pihak atasan Felda sendiri. Jika benar Felda tidak bangkrap mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani menyahut cabaran Exco Pemuda Pas, Saudara Mazlan Aliman yang juga pengerusi ANAK untuk berdebat secara terbuka? Semua ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyalagunaan dan penyelewengan dana Felda memang benar-benar berlaku.

5 comments:

IKLAN PERCUMA said...

warga peneroka je yg boleh jawab persoalan ni

asrin said...

bro..sket2 nak berdebat..bila mau maju ha?

Anonymous said...

mungkin mewakili perdana menteri, hanya warga felda yg mampu menjawabnya

angkasanuri said...

Asrin, sebab tu negara ni tak maju minda pemimoin negara tertutup. Di Barat pemimpin kerajaan atau pembangkang berdebat dijadikan budaya di TV tanpa sekatan. Tak tahulah kalau Malaysia ni lebih Maju dari Uk Us dll

angkasanuri said...

Iklan Percuma, ahli keluarga saya ada yang jadi GM di HQ felda saya tahu apa yang berlaku dalam Felda.