30 August 2010

IBRAHIM ALI KATA TUAN GURU NIK ABD. AZIZ KURANG BERTAQWA

Hebat betul Ibrahim Ali ni, selepas muncul juara lompat melompat kini cuba untuk mengambil alih tugas Majlis Fatwa. Semalam dalam majlis Berbuka Puasa di Kelab Sultan Sulaiman beliau berkata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang beriman tetapi kurang bertakwa apabila bertindak mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

Kehebatan Presiden Perkasa ini begitu terserlah kerana dapat menilai tahap taqwa dalam diri seseorang. Cuma saya nak bertanya pada Ibrahim Ali siapa pemimpin Umno yang paling tinggi nilai taqwanya ? Rahim Tamby Chick, Ali Rustam atau Jamaludin Jarjis? Manakala di antara Dr. Mahathir dan Dato Seri Najib siapa yang paling tinggi taqwanya?

Saya juga mencadangkan agar Ibrahim Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Melayu jika tewas selepas pilihanraya umum nanti supaya fatwa-fatwanya dapat digunakan oleh generasi akan datang khususnya dalam bab lompat melompat! Saya yakin Khairy Jamaludin turut bersetuju dengan pandangan saya.

4 comments:

cucu kwantung said...

Berahim ada penyakit hati. Da tua pun tak dapat hidayah.Katak tu..!!

ramly said...

memang pun nik aziz tak bertaqwa....
kamu je kata dia bertaqwa...

krompon@gmail.com said...

usah berkira sangat dgn sang katak puru mopnopous ini.diani layak dinobatkan sebagai tokoh mudeliar 2010.umno cuba perkenalkan anugerah berprestig ini.

NameWoii said...

"Tiu Na Bu" punya katak Brahim.