15 August 2010

TRAGEDI BAZAR RAMADHAN: APAKAH MASIH INGIN MEMPERSENDAKAN ISLAM?

Tragedi ribut di Bazar Ramadhan berhampiran Mini Stadium Jasin benar-benar mengejutkan semua. Bagi yang berfikir dan beriman akan menerima berita ini sabagai satu peringatan dari Allah SWT.

Sudah pasti ada sesuatu yang Allah hendak sampai di sebalik tragedi tersebut. Berlaku dalam sekelip mata. Khemah-khemah besar diterbangkan umpama kertas-kertas berterbangan. Itu cuma sedikit berbanding hari Kiamat nanti apabila gunung ganang dan bukit bukau bergoncang. Manusia bertempiaran, lupa keluarga, suami dan anak tercinta kerana gawatnya kiamat yang melanda.

Apakah ini semua secara kebetulan? Ketua Menteri masih berkeras menubuhkan Sekolah Murid Mengandung di daerah Jasin tempat malapetaka berlaku kelmarin. Kadar jenayah, zina dan anak haram makin berluasa di negeri Melaka.

Program-program mungkar dan maksiat dibiar berluasa seolah-olah mencabar hukum Allah SWT. Masih ingatkah lagi Malam Pesta Muda Mudi dengan restu kerajaan negeri sebelum Ramadhan lalu.

Lihat dan saksikanlah klip video ini dengan rasa keimanan dan keinsafan. Bagaimana ribut melanda hanya berlaku di Bazar Ramadhan itu sahaja. Kenapa dan mengapa? Fikir-fikirkanlah wahai mereka yang beriman.....


video

4 comments:

Anonymous said...

Selepas kejadian itu, media elektronik umno dengan begitu angkuhnya menyatakan bahawa kejadian robut petir itu adalah disebabkan oleh perubahan cuaca yang mendadak sejak akhir-akhir ini.Menteri umno pula menasihatkan supaya orang ramai tidak keluar rumah jika berlaku cuaca yang buruk>

Hebatnya mereka sedikit pun tidak mereka sebut itu adalah ingatan Allah swt agar kita tidak melalaikan segala hukum hakamnya tetapi nampaknya mereka semakin galak untuk menentang kekuasaan Alla swt...SEKOLAH MENGANDUNG...tunggulah azab Allah awt...wahai pemimpin umno sekelian!!!

Anonymous said...

bulan ramadhan sepatutnya banyakkan bersedekah......tapi mungkin peniaga byk yang mengambil kesempatan mengambil keuntungan berlebihan....menipu dalam sukatan dsb.....mungkin ini juga petunjuk dari Allah untuk semua peniaga ISLAM.

Anonymous said...

bengap nye otk anon 1230 am.kalau dah ribut,org pas ke umno ke,pkr ke dap ke ,batu ke pokok ke semua nye tercabut, waaa kalau kena kat orang bukan main lagi dia,moga moga kena kat dia dan keluarga dia pulak macam mana...mesti dia kata cobaaan....

juragan said...

parti busuk sampai ke usus..pinjam kata2 bro jai..bumi ni kalau runtuh dan berkecai dan keluarlah satu perkataan ditengah2 masa berkecai tu yang berbunyi ..inilah adalah angkara durjana pimpinan umno@BN...pimpinan umno xkan percaya....