01 November 2010

ROSMAH PEMANGKU PM?



1Malaysia dah tahu, PM tak sihat. Katanya kena tanda-tanda awal demam campak. Sebagai rakyat Malaysia, saya doakan PM cepat sembuh. Apabila PM tak sihat dan bercuti maka secara auotomatik TPM akan jalan tugas. Kalau bukan TPM maka mereka yang sewaktu dengannya mengikut hieraki kuasa dalam kerajaan. Kalau susah sangat, suruh je setiausaha PM tolong gantikan tempat PM. Isteri PM sepatutnya berada di sisi PM, lebih-lebih lagi bila PM sakit ! Tanya budak sekolah menengah pun tahu. Tetapi kat Malaysia amalan ini nampak pelik dan terbalik. Ketika PM tak sihat atau bercuti yang ganti ialah isteri PM. Misalnya dalam majlis rasmi di Brickfields semalam, isteri PM Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield. Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. Bahagian protokol di JPM kena jelaskan apakah selepas ini isteri PM akan terus jalankan tugas PM ?

1 comment:

ANAFAKIR said...

Salam..nampak gayanya,Najib akan tumbang sebab isterinya sepertimana Tun Abdullah [ Pak Lah ] jatuh kerana menantunya.TPM adalah orang paling layak untuk memangku tugas PM.Rosmah tu ahli politik ker?.Jika benar demikian,nampak sangat PM dengan TPM ada krisis peribadi,saling tidak mempercayai antara mereka berdua.Jika Rosmah berterusan lebih sudu dari kuah,lama-kelamaan pemimpin UMNO lain akan meluat dengan PM dan isterinya.Bahagian Protokol takkan tak tahu siapa paling kanan untuk menjalankan tugas PM sewaktu PM tiada atau sakit,kecuali Bhgian Protokol 'takut' dengan Rosmah.Tun M perlu bersuara ni,kalau tidak tiada siapa yang berani untuk menegur...