01 January 2011

ROGOL BUKAN JENAYAH JIKA DILAKUKAN OLEH MENTERI?

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang jenayah rogol dipaparkan dalam media cetak dan elektronik. Mereka yang bersalah diheret ke muka pengadilan dan menerima pembalasan setimpal mengiku undang-undang negara.

Kebiasaannya pelaku jenayah ini akan cuba menyembunyikan wajah apabila di bawa ke muka pengadilan. Mereka yang terduduh tahu perbuatan jenayah itu adalah perbuatan hina dan tercela. Memalukan keluarga, masyarakat, negara dan agama. Kecualilah pelaku jenayah ini tidak mempunyai hati dan perasaan serta memliki naluri kebinatangan. Si penjenayah boleh tersenyum dan ketawa serta buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Inilah senario yang sedang berlaku dalam negara. Seorang menteri kabinet dikaitkan dengan jenayah rogol tetapi masih bebas ke sana sini. Berlagak muka selamba dan hadir ke majlis-majlis rasmi tanpa rasa bersalah.

Tuduhan ini adalah sangat berat, saya sendiri tidak tergamak menyiarkan nama menteri berkenaan. Walaupun dalam laporan Harakah Daily ada memberi bayangan jelas menteri terbabit dan laporan media baharu terutamanya blog seperti Tukar Tiub dan RockyBru menyiarkan menteri yang berkenaan secara terang-terangan beserta dokumen dan bukti nyata.

Saya yakin mana-mana individu yang dilibatkan dengan jenayah rogol akan malu besar selagi namanya tidak dibersihkan dengan dakwaan berat seperti ini. Cara terbaik tak perlu diajar. Boleh guna mahkamah atau saluran media. Saman pihak yang menuduh, jika tak bersalah duit menang saman itu cukup untuk tujuh keturunan.

Lainlah kalau rogol bukan satu kesalahan dalam kabinet 1Malaysia. Kalau bukan rogol dengan kejadian itu dilakukan secara suka sama suka ia tetap kesalahan iaitu berzina! Maka tidak ada ruang bagi seseorang lebih-lebih lagi berstatus menteri hanya mendiamkan diri dengan tuduhan yang sangat-sangat berat.

Saya rasa menteri berkenaan diarah menutup mulut kerana kes yang menggemparkan ini telah merencatkan cadangan untuk membuat pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Lainlah kalau Umno/BN bercadang untuk ambil pendekatan 'berani mati' dengan membuat pilihanraya mengejut ketika ada menteri didakwa merogol.

3 comments:

Unknown said...

Tuduhan yang berat buat pak menteri Umno.

Kalau tuduhan macam tu terkena pada Pakatan rakyat, Hang tengok media umno kemain punya pusing walaupun berita tidak sahih.

Persoalannya beranikah menteri umno tersebut menafikannya dan memfailkan saman.

Anonymous said...

Perlakuan menteri perogol ini menjejaskan lain-lain menteri yang tidak berkaitan. Selagi isu ini tidak terdedah dalam pengadilan mahkamah selagi itulah pandangan serung terhadap kabinet menteri masakini dianggap menyimpan pekung dan kudis busuk yang tidak terawat dengan sempurna.Apakah isu ini tidak dipedulikan oleh sekalian kabinet menteri atau menunggu dan lihat tanpa sebarang langkah untuk membersihkan maruah dan kedaulatan negara?Amat memalukan apabila adanya muka munafik tapi berlagak pejuang dan pada masa yang sama menuduh orang lain pengkhianat!Bagaimana kalau-kalau meletus undang-undang rimba dari pihak mangsa!?

Anonymous said...

betulka cerita ni?kalau betul mengapa tiada lapuran di buat?