30 January 2011

UMNO/BN DITOLAK PENGUNDI CINA DI DUN TENANG

Bila-bila masa daripada sekarang keputusan rasmi pilihanraya kecil DUN Tenang akan diumumkan. Umno/BN dijangka mengekalkan DUN Tenang yang secara tradisinya menjadi kubu kuat Umno.

Tetapi keputusan pilihanraya kecil DUN sebenarnya kekalahan kepada Umno/BN. Pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin awal-awal lagi meletakkan standard kemenangan KPI mesti lebih majoriti 5000 undi. Malangnya Umno/BN dijangka tidak mampu melepasi majoriti 4000 undi. Kemenangan ini tidak berbaloi berbanding lebih RM 30 juta 'projek rasmi' pembangunan di Tenang seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin sebelum ini.

Paling ketara Umno/BN tewas teruk di kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Ini jelas berdasarkan keputusan berikut mengikut peti undi.

Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

Sekaligus membuktikan bahawa Umno/BN ditolak oleh pengundi Cina dalam pilihanraya kecil ini. Secara tidak langsung membuktikan kepimpinan Chua Soi Lek ditolak di kubu kuatnya selama ini. Maka Chua Soi Lek perlu mencermin diri bahawa kepimpinannya tidak diterima oleh majoriti pengundi Cina.

Melalui keputusan pilihanraya kecil ini, peluang dan potensi Pakatan Rakyat sebenarnya cukup besar dan memberi isyarat yang cukup jelas bahawa kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bukan cakap kosong. Dalam situasi ini beranikah Dato seri Najib untuk membubarkan parlimen serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak sebelum bulan Julai ini?

3 comments:

Anonymous said...

toksah duk syok sendirila..selagi undi melayu x lebi 50% kat PAKATAN..akn jadi hung parlimen..bila hung parlimn bn ada advtange!!mntak sgt kalu nak ubah kerajaan buatla somthing nk bg naik undi melayu!jgn kita dk syok sendiri sgt..kalu undi cina berubah baru ada akai nanti!

Anonymous said...

Paten pengundian masyarakat Cina tidak banyak berubah seperti mana PRU 2008. Akan tetapi pengundi Melayu semakin kuat menyokong UMNO semula. Keadaan ini perlu dilihat secara teliti oleh pimpinan PAS. Ini kerana dalam PRU ke 13 nanti, PAS akan bertanding di kawasan Melayu melawan Umno. Jadi, trend pengundian masyarkat Cina di Tenang tidak akan membantu calon PAS sekiranya undi Melayu terus berpindah kepada UMNO. Strategi baru perlu difikirkan oleh PAS. Sejak kebelakangan ini orang Melayu mula takut dengan PAS akibat daripada tindakan para pemimpinnya seperti Khalid Samad, Dr Mariah dll. Tiada gunakan kalau PR menang tapi PAS hanya menjadi parti yang memenangi kerusi yang paling kecil dalam PRU 13 nanti.

Aa said...

Orang Cina tolak Cu So Lek tapi orang Melayu Labis menerimanya, ha ha