25 February 2011

ALI RUSTAM TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI APABILA BERKATA MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI MESIR JIKA...


Ketua Menteri Melaka Dato Seri Muhd. Ali Rustam dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu bahawa Malaysia akan jadi seperti Mesir jika Pas berkuasa. Ternyata kenyataan Ali Rustam satu ucapan yang tidak berpijak di bumi nyata. Adakah beliau mengikuti dan memahami kenapa rakyat Malaysia bangkit menumbangkan rejim Hosni Mubarak di Mesir?

Untuk makluman Ali Rustam kebangkitan rakyat Mesir berlaku kerana rakyat di negara itu sudah tidak dapat menanggung penderitaan sepanjang Hosni Mubarak memerintah Mesir selama lebih tahun 30 tahun
.Pemeritahan yang diselubungi dengan pelbagai penyelewengan dan salah guna duit rakyat. Rasuah berluasa, negara kaya tetapi rakyat hidup merempat dan melarat. Mungkin Ali Rustam lupa, bahawa beliau merupakan pimpinan Umno yang dilucutkan kelayakan bertanding sebagai Timbalan Presiden Umno tidak lama dulu. Puncanya, kerana rasuah!

Hari ini rakyat Melaka didedahkan dengan pelbagai salah guna dan penyelewengan serta pembaziran duit rakyat di Melaka. Misalnya Litar Go Kart yang tak dapat digunakan, Eye On Malaysia yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka yang tersangkut di landasan hanya selepas lima jam dirasmikan dan lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang lebih banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang. Maka sebenarnya selagi Umno dibiarkan berkuasa dan terus memerintah rakyat akan terus derita dan sengsara seperti yang berlaku di Mesir. Pemimpin Umno/BN mengamalkan gaya hidup mewah dan membazir ketika rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

Sebenarnya Ali Rustam cuba menutup segala penyelewengan, salah guna kuasa dan pembaziran dengan cuba menunding jari kepada Pas yang akan berdemontrasi apabila memerintah. Tidak ada sebab rakyat nak berdemontrasi seperti di Mesir jika pemimpin yang memerintah adil dan saksama serta melaksanakan amanah kepimpinan. Rakyat akan bangun berdemontrasi jika merasakan diri mereka dizalimi dan dianiaya serta pemimpin melakukan penyelewengan dan pembaziran.

Rakyat pasti akan berdemontrasi jika pemimpin melakukan rasuah dan skandal seperti demontrasi rakyat Melaka tidak lama dulu apabila perasuah seperti Ali Rustam masih dibiarkan terus berkuasa. Sebenarnya kenyataan Ali Rustam adalah disebabkan takut pada bayang-bayangnya sendiri!

No comments: