27 February 2011

MERLIMAU:PAS CUMA ADA BOB LOKMAN UMNO ADA LAGI RAMAI PELAWAK


Siapa yang tak kenal Bob Lokman, penulis lirik,komposer dan pelawak yang terkenal di negara ini. mak cik-mak cik Wanita Umno di Merlimau kalau tak kenal Bob Lokman pun pasti tahu sebaris dua lagu Isabella yang liriknya ditulis oleh Bob Lokman.

Sekarang Bob Lokman di Merlimau bersama dengan Pas. Berarak dalam penamaan calon bersama calon Pas dan berceramah di atas pentas Pas di Merlimau tanpa mengira siang atau malam. Kehadiran Bob Lokman sedikit sebanyak pasti mengusarkan Umno terutama dalam menarik sokongan golongan muda yang rata-ratanya tak berparti.

Kalau Pas ada pelakon dan pelawak, Umno pun boleh jemput lagi ramai pelakon dan pelawak. Dalam Umno sekarang memang cukup ramai pelakon dan pelawak. Pelakon terkenal pastinya Presidennya merangkap Perdana Menteri. Tahun sebelumnya sampai anugerah Tokoh Maal Hijrah pada Dr Yusof Qardhawi siap bagi duit RM 100 ribu, plak dan sijil. Tak semena-mena sehari dua ni label pula Dr Yusof Qardhawi sebagai pelampau dan pengganas. Memang betul-betul lawak antara benua!

Kalau di peringkat negeri Melaka, Umno ada Ketua Menteri. Antara bakat semula jadi yang ada pada Ketua Menteri Melaka ni ialah boleh berkokok seperti ayam jantan dalam ceramah tak lama dulu. Kalau siapa yang tak sempat tengok Ketua Menteri Melaka berkokok, buka je laman You Tube atau VCD di pasaran di tempat ceramah. Bukan sekadar boleh jadi pelawak, Ketua Menteri Melaka juga boleh menghilangkan Eye On Malaysia! Mesti David Corperfield tabing spring pada Ketua Menteri Melaka ni. Bukan tu aja Monorail Melaka yang canggih tu pun Ketua Menteri Melaka boleh berhentikan secara tiba-tiba, hebatkan!

Selain tu tak perlu diperkenalkan lagi pelakon dan pelawak yang ramai dalam Umno. Umno ada Ibrahim Ali, Ezam dan tidak kurang juga di kalangan Menteri. Tak cukup dengan tu, Umno mengupah pelakon dan pelawak tambahan. Khabarnya bloggers pencacai Umno seperti Taiping Mali dan Papa Gomo telah berkampung di Merlimau. Kepada semua pelakon dan pelawak dalam Umno, selamat datang ke Merlimau... Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia..Apa yang pelik-pelik yang tak ada di negeri lain ada di Melaka.

3 comments:

Azman Md Safiee said...

Jom ke PRK Merlimau: kami ada 2 Rumah Penginapan di Jasin utk disewa. 0123736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

Anonymous said...

betul tu... melawat melaka bererti melawat malaysia...
menawan melaka bererti menawan malaysia....
ayuh.... dis sini bermula segalanya... agar ianya akan jadi satu memorial yang pasti tak akan dapat dilupakan oleh BN/UMNO/UPCO
Maru sama2 berganding bahu ..kuatkan semangat satukan tekad hapuskan UMNO di Melaka, maka akan terhapuslah juga UMNO di Malaysia

Anonymous said...

Jangan lupakan Ummi Hafilda. Dia pun pandai buat lawak.