Menjelang tempoh penamaan calon pada 27 Febuari ini di pilihanraya kecil Merlimau siapa yang bakal menjadi calon Umno/BN bakal terungkai. Melihat kepada kesungguhan Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim menjadikan kampus Politeknik Merlimau sebagai 'bilik gerakan Umno/BN" tidak mustahil beliau sedang melobi untuk dijadikan calon di sana.
Sejurus tidak lama selepas kematian wakil Rakyat Merlimau dari Umno/BN, pengarah politeknik Merlimau kelihatan begitu berbesar hati dengan menjadikan politeknik Merlimau yang pensyarah dan pelajarnya dilarang terlibat aktif dalam politik dijadikan sebagai pusat pelancaran jentera pilihanraya Umno/BN yang dirasmikan oleh Dato Seri Muhd Ali Rustam.
Selepas itu kita menyaksikan politeknik Merlimau cukup meriah dengan kempen politik Umno/BN. Sekitar kampus cukup meriah dengan bendera Umno dan BN dan gambar pemimpin yang sewaktu dengannya.
Apakah politeknik Merlimau dibina dari tabung Umno/BN? Jika begitu halnya maka saya mencadangkan agar Politeknik Merlimau ditukar nama kepada politeknik Umno atau pun namakan aja dengan nama Politeknik Ali Rustam!

5 comments:
dekat negara bertuah ni..semua yang ada umno/bn buat..esok kalau pakatan perintah...susah juga ye..bebal tu kata..semua kena buat baru..sekolah baru, jalan baru, balairaya baru..payah2..politik sengal by umno
pengarah poli ana ni, memang kuat umno... pernah masa sambutan kemerdekaan ke thn baru (tak ingat), dia follow ali ketam kat mitc
Dr Arshad nak tambah title jadi 'datuk'...... tu yang dia mau dicontohi staf....
dulu pengarah ana ni kata kat perhimpuna staf, minta pangkal nama depn dan belakang kalau boleh panjang...... tak lama lagi dapatlah datuk.....
assalamualaikum.Untuk makluman, dr arshad b kassim, sebelum ini mantan pengarah politeknik sultan idris shah, sabak bernam, pernah menghalang exco kerajaan negeri selangor dari pakatan rakyat menggunakan dewan politeknik tersebut atas faktor tidak mahu politik mesuk dalam politeknik.
semasa pilihanraya dun kecil merlimau, prinsipnya berubah bila beliau menjadi pengarah politeknik merlimau, dengan emmbenarkan seluruh jentera BN dan UMNO menggunakan sepenuhnya kemudahan Politeknik Merlimau. Sewaan kemudahan hanyalah bagi menutup penyelahangunaan kemudahan IPT tersebut.
Sekarang ni, terbaru, Mesyuarat UMNO JASIN menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, sekali lagi dibenarkan Politik masuk Politeknik Merlimau, atas kebenaran PengarahPoliteknik Merlimau yang akan dapat title 'Datuk" sempenan ari Gabenor melaka.
Sila lihat hari ini 28 Mei 2011, bendera umno banyak berkibar di hadapan pagar politeknik merlimau, dapat dilihat semua org termasuk pelajar politeknik merlimau yang tidak dibenarkan terlibat dengan politik pembangkang.
Post a Comment