28 February 2011

RUPA-RUPANYA YUHAIZAD ANAK BEKAS KETUA KAMPUNG UMNO


Bermula pengumuman Hj. Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS di Merlimau macam-macam fitnah dan serangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Umno seperti tandus isu dengan terpaksa menyerang peribadi calon PAS.

Antara fitnah yang dilemparkan ialah Yuhaizad anak derhaka bertanding tanpa restu keluarganya. Semuanya terjawab apabila ibunya Fatimah Hassan dan adik beradiknya yang lain merestui menjadi calon Pas. Malah baru-baru ini keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran atas pemilihan Yuhaizad sebagai calon.

Ternyata tindakan blogger pencacai Umno memfitnah Yuhaizad turut memakan diri dan memberi kejutan kepada Umno apabila Yuhaizad mendedahkan bahawa beliau merupakan anak orang kuat Umno di Kampung Chinchin Jasin. Arwah bapanya, Abdullah Jumaat juga merupakan bekas sidang (ketua kampung) selama lima tahun. Jadi Yuhaizad bukan menderhaka kepada keluarganya tetapi sebenarnya menderhaka kepada Umno!

2 comments:

otaklunyai said...

Kalau lari dari kemungkaran dan kemudaratan itu wajib... kerana taat kepada Allah itu adalah yg paling utama... bapa yg sesat itu yg perlu ditarbiahkan...

IndukYati said...

tahniah kpd calon PAS di DUN Merlimau, kerana menderhaka kpd UmNo..tak terjejas apa-apa pun lah..