09 March 2011

ISU MURTAD : TERIMA KASIH KERANA MULA BERTINDAK

Apabila blog ini menyiarkan isu murtad, pelbagai reaksi diterima. Ada yang terkejut, ada yang percaya, ramai juga yang tidak percaya dan terdapat juga yang selamba. Apa yang hendak sebutkan di sini isu murtad merupakan isu besar yang membarah di kalangan umat Islam di negara ini. Ia melangkaui sempadan dan ideologi politik.

Apa yang saya harapkan ialah tindakan yang sewajarnya tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran atau pujian. Terdapat ramai juga yang beranggapan saya hendak mempolitikkan isu ini atau mempunyai agenda peribadi. Apa yang saya dapat? Kenaikan pangkat atau habuan wang ringgit?

Allahamdulillah, sehingga hari ini maklumat diterima sudah ada tanda-tanda positif untuk menyelamatkan aqidah pelajar berkenaan walaupun sudah agak terlewat. Blog ini ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak terlibat sama ada dari Jabatan Ketua Menteri,Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Pelajaran Negeri.Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan bloggers Pakatan Rakyat yang turut sama mengenengah isu ini. Cuma saya mengharapkan semua pihak yang terlibat benar-benar ikhlas untuk menyelamatkan aqidah pelajar tersebut dan bukan kerana desakan atau arahan daripada pihak yang tertentu. Insyaallah saya akan sentiasa memantau perkembangan yang berlaku kerana ramai kawan di agensi berkenaan yang sedia membantu dan menghulurkan maklumat.

1 comment:

me as you know....... said...

Katakanlah yang benar sekalipun pahit....
ALlah tetap bersama mereka yang benar.