08 March 2011

RAMAI MENGELABAH APABILA ISU MURTAD DIBANGKITKAN

Apabila blog ini mendedahkan isu murtad yang berlaku di SMKA Sharifah Rodziah sebelum ini ramai yang menyerang blog ini melalui komen-komen yang saya tidak dapat siarkan kerana menggunakan bahasa yang tak beradab dan mempunyai agenda tersembunyi atau apa-apa kepentingan di sebaliknya.

Mengapa mereka mengelabah dan cuba menyembunyikan isu ini? Adakah mereka bimbang imej sekolah tercalar daripada menyelamatkan aqidah pelajar berkenaan? Adakah mereka mendapat arahan daripada pihak tertentu agar isu ini dirahsiakan dan disembunyikan di bawah tikar?Maklumat terkini yang saya perolehi malam tadi, isu ini sudah berlarutan sejak pelajar berkenaan berada di tahun 6 dan sekarang sudah tingkatan lima! Mengapa setelah blog ini dedahkan baru ramai yang rasa tergugat? Apa yang dilakukan sewaktu usia pelajar berkenaan masih muda?

Walaupun pelajar berkenaan telah berpindah ke sebuah sekolah ternama di bandaraya Melaka, masih belum terlambat untuk menyelamatkan aqidah pelajar berkenaan. Kalau kerajaan boleh menubuhkan pusat pemulihan aqidah untuk pengikut Ayah Pin dan serpihan Al Arqam, mengapa membisu dalam isu ini?

Saya menunggu apa yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Melaka dalam isu ini?Tak perlu nak menyerang blog ini. Apa yang saya nak katakan walaupun blog ini tidak bernama tetapi saya tidak akan tunduk ugutan dan tidak lemah kepada cercaan.

2 comments:

Anonymous said...

jika benar pun kes ini berlaku, pihak sekolah TIDAK SEPATUTNYA disalahkan. lagi2 smka sharifah rodzziah itu sendiri. kalau betul la dia murtad, saya pasti pihak sekolah telah melakukan pelbagai cara untuk membetulkan aqidah pelajar terbabit. dan tak mungkin pihak sekolah akan MENYINGKIRKAN pelajar terbabit sewenang-wenangnya. dan tolong tunjukkan bukti yang sahih.

p/s : KENAPA SEKOLAH DIPOLITIKKAN??

angkasanuri said...

KES SEDANG DISIASAT JAIM ATAS ARAHAN JAB. KETUA MENTERI MELAKA...sekolah dipolitikkan..Islam bukan sekadar belajar ambil air sembahyang belajar haid dan nifas sahaja...dalam Islam ada bab aqidah, syariah, munakahat, siasah ( politik le tu ) dan mcm2 ada...jangan berfikiran sekular! TUNGGU JE HASIL SIASATAN