28 April 2011

MENGAPA SETIAP KALI MENIPU NAK BERSUMPAH?


Esok akan ada majlis sumpah. Bukan angkat sumpah jadi wakil rakyat atau buat surat sumpah tetapi sesumpah yang kini sudah tersepit dan terjerat. Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan akan buat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

Paling menarik ketua pengedar klip video lucah, Rahim Tamby Chik dalam satu kenyataan hari ini berkata akan wakilkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk buat sumpah laknat untuknya. Ehh...boleh wakil-wakil pulak, nak buat surat sumpah pun kena sain depan pesuruhjaya sumpah.

Kalau tak silap saya Perdana Menteri juga pernah bersumpah semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh di dalam sebuah masjid.Inilah budaya baru dalam negara. Apabila sudah terjerat dan terdesak, orang sudah hilang keyakinan fikiran jadi singkat dan buntu maka sumpah digunakan untuk menyucikan diri. Si Saiful budak pembancuh kopi yang suka makan karipap itu pun bersumpah di Masjid Putrajaya. Malangnya selepas dia bersumpah satu persatu tembelang dan pembohongan terbongkar!Berbeza dengan trio Datuk T yang terpaksa bersumpah setelah dari mula lagi orang dah tak percaya. Sumpah lah sampai keluar anak tekak sekalipun, satu dunia sudah tahu mereka adalah trio penipu besar. lebih-lebih lagi 'pejuang kebenaran' adalah Rahim Tamby Chik bekas ketua menteri Melaka yang maksum dan suci!

Maka tak perlu ada mahkamah dan tak perlu ada undang-undang dan polis...Kalau bersalah sumpah je nescaya esok surat khabar Utusan, Berita Harian keluar muka depan. TV 3 tak payah cerita...Astro Awani pun dah jadi suku sakat Umno juga.Kalau tak percaya tunggu je esok....

2 comments:

kembara putih said...

Kelihatan UMNO begitu terdesak. Klip video ke-2 jelas menunjukkan wajah pelakon tu tak serupa dengan Anwar. 21hb berambut pendek dan nipis, 22hb Anwar hadir ke mahkamah berambut tebal.

Adakah sumpah Eskay ni bakal menyelamatkan UMNO dari pupus?

datuk said...

Takpa tu. Itu Sumpah orang Melayu......tak semestinya islam.