16 May 2011

OHH....INI LAH HADIAH HARI GURU!

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberi gambaran bahawa sempena Hari Guru yang disambut hari ini ada berita baik untuk warga pendidik. Maka hari ini, pada tanggal 16 Mei 2011 belum lagi diumumkan berita yang dikatakan gembira itu rakyat sudah dapat dua berita yang pastinya menggembirakan bukan sahaja pendidik yang menjadi penyokong tegar Umno tetapi penyokong sejati Umno.

Berita pertama, Dato Seri Anwar Ibrahim diperintah bela diri kes Liwat 2. Maka gembiralah mereka melihat sistem kehakiman negara yang terus menjadi bahan Raja Lawak dan dipermainkan dan seterusnya menjadi alat bahan ketawa dari seluruh dunia.

Berita gembira kedua untuk para pendidik, harga minyak RON 95 dijangka akan naik dalam tempoh terdekat kerana kerajaan Umno-BN sudah cukup sesak untuk menampung kos subsidi. Sumber 1 dan sumber 2

Apa kaitan berita pertama dan kedua. Berita pertama menyebabkan rakyat sibuk dengan kes Liwat 2. Macam-macam polemik akan berlaku. Utusan dan Berita Harian dan sewaktu dengannya akan keluar muka depan. Tengah sibuk-sibuk berita Liwat 2 maka kerajaan Umno-BN akan naikkan harga minyak! Tahniah untuk cikgu yang kuat menyokong Umno dan rakyat Malaysia yang sewaktu dengannya.

3 comments:

Anonymous said...

slmt hari guru..mari kita buat perubahan utk agama bangsa dan negara

akulajuki said...

aku seorang guru di sekolah dengan kata lain aku ni cikgu lah. Sebenarnya tak ramai cikgu yang sokong bn apalagi umporno. Kalau yang sokong umporno dan bn hanyalah yang kaki bodek sahaja. Cikgu-cikgu jenis ni hakikatnya agak bodoh jadi sebagai mengimbangi kebodohan mereka itu terpaksalah mereka sokong umporno dan bn utk naik pangkat. Ini adalah kerana kalau seseorang cikgu tu pasti bukan penyokong umporno @ bn maka peluang kenaikan pangkat tu agak kabur.

Kalau tak percaya pergi lah ke mana-mana sekolah sama ada rendah atau menengah di bawah KPM dan cuba berinteraksi dengan para cikgu dan anada akan dapati tahap mana kebodohan mereka yang sokong umporno dan bn. Paling mudah cuba interview guru besau atau penyutua sekolah dan anda akan dihidangkan dengan cerita lawak yang akan memecahkan perut.

Anonymous said...

betul tu....aku pun cikgu juga...lagi pening aku tengok cikgu-cikgu yang sokong umporno ni kalau kita bercakap pasal harga barang naik,minyak naik,gula naik dia orang buat2 tak faham je..mata dia orang terkelip-kelip macam cicak makan kapur.
Yang paling memiukan hati aku bila dia orang kata "BUAT APA NAK LAWAN..GAJI DAH ADA,KERETA DAH ADA DAN KALAU NAK SEMBAHYAN MASJID DAH ADA".....dalam hati aku berkata "mmmmmmmmmm mengapa lah Allah cipta makhluk seperti ini!