Tahniah kepada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak kerana bakal menerima menantu tak lama lagi dengan pembesar di Kazakhstan. Saya doakan anak gadis Najib, Nooryana Najwa dan bakal suaminya akan berkekalan hingga ke anak cucu.
Jika ada jodoh, tak lama lagi ramailah rakyat Malaysia berkesempatan makan nasi minyak dari Kazakhstan. Kenyataan Khairy Jamaludin semalam mengesahkan dakwaan ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang juga AJK Pas Pusat bahawa Najib ada urusan peribadi di sana.
Menurut Khairy....“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya....Bagi saya betullah kata Khairy tu, kalau perkahwinan dibuat secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat akan menimbulkan cerita lain pulak. Dalam masyarakat kita biasanya kalau perkahwinan macam ni sama ada kahwin paksa atau kena tangkap basah!
Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya dua tiga hari lepas berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.
Kehadiran Najib di Kazakhstan adalah secara kebetulan dengan majlis pertunangan anaknya. Mana dia nak tahu anaknya akan bertunang dengan orang Kazakhstan serentak dengan lawatan rasminya? Kebetulan ini sama seperti lawatan Najib di Washington DC tidak lama dulu yang serentak dengan majlis konvokesyen anaknya di sana . Semuanya berlaku secara kebetulan dan bukan disengajakan!
Bagi saya nasib baik juga anak Najib bertemu jodoh dengan orang Kazakhstan yang tidaklah jauh mana. Saya tidak dapat bayangkan kalau anak Najib bertemu jodoh dengan orang Kutub Utara atau Kutub Selatan. Maka mungkin banyaklah lagi kebetulan-kebetulan yang tidak disangka-sangka...Mungkin kebetulan dengan Misi 1Malaysia menawan Kutub Utara atau Kutub Selatan. Maka ramailah pengiring-pengiring Najib yang kecut kerana menahan cuaca sejuk dalam suhu di bawah paras beku.

1 comment:
Ok lah kita terima hujah khairy jamaludin, lawatan itu dengan pertunangan kebetulan, tetapi apa hak najib memberi kepada rosmah RM111 juta, apa peranan FLOM? siapa rosmah? beliau bukan MP, bukan menteri, beliau hanya seorang surirumah kepada perdana menteri yang merampas suami orang dan terlibat dengan kes jenayah pembunuhan. Wahai manusia yang rakus dan tamak serta gila kuasa cermin lah diri dengan selalu melihat cermin muka, jangan melihat melalu cermin mata, kami rakyat hidup susah untuk mendapatkan sesuap makanan pagi dan petang, menyara kehidupan harian untuk membesarkan anak, sedangkan kamu bermewah-mewah dengan duit rakyat untuk kepentingan peribadi, sesungguhnya kami tidak izinkan dunia akhirat. kami akan tuntut hak kami didepan Allah swt nanti.
Post a Comment