17 June 2011

UMNO/BN' BUNGKUS'JIKA TUNTUTAN BERSIH DILAKSANAKAN

Mungkin sebelum 9 Julai 2011 akan ada 1000 laporan polis. Di tempat lain saya tak tahulah, tetapi kalau di Melaka muka-muka yang buat laporan polis tu cukup saya kenali sebagai ahli Umno dan penyokong Umno tegar. Tak payah nak berlindung di sebalik nama pertubuhan belia, NGO dan sebagainya.

Kenapa Umno terutamanya cukup takut dan gerun dengan Bersih 2.0? Adakah bersih 2.0 menggalakan budaya rasuah pilihanraya dan membeli wakil rakyat? Adakah Bersih 2.0 ingin sistem demokrasi berpilihanraya dihapuskan digantikan dengan sistem kuku besi? Apa yang payah sangat nak tunaikan permintaan Bersih?

Mengapa Umno cukup takut dengan cadangan dakwat kekal dan pemansuhan undi pos misalnya? Mana boleh nak mansuh, itulah tali hayat Umno untuk terus berkuasa! Kalau dilaksanakan saya cukup optimis Umno bungkus dalam pilihanraya! Maka bukan 1000 mungkin banyak lagi laporan polis akan dibuat. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk pastikan demontrasi Bersih 2.0 gagal. ISA merupakan antara pilihan yang ada.

Cuma saya nak ingatkan Umno baca balik Utusan Malaysia dan Berita Harian kejatuhan kerajaan kuku besi Hosni Mubarak dan Muamar Ghadafi dan yang paling hampir kejatuhan Suharto dan Ferdinand Marcus. Kuasa rakyat adalah kuasa keramat!

Apakah Bersih tidak mengadakan rundingan dan perbincangan? Mengapa Umno cukup takut dan gerun dengan Bersih 2.0? Saya yakin tak ada siapa pun yang saja-saja nak pergi berdemontrasi. Saya juga yakin yang pergi berdemontrasi tu bukannya berani sangat macam saya. Macam-macam terlintas bila pergi berdemontrasi...kena belantan, sembur gas pemedih mata, mandi air asid dan peluang naik Black Maria percuma!

Mereka yang berdemontrasi pergi dengan duit poket sendiri. Tak ada nasi bungkus atau air kotak percuma macam peserta demontrasi Umno atau Perkasa yang siap dapat elaun lagi.

Mudah je...kalau tak nak Demontrasi Bersih 2.0...tunaikan permintaan Bersih 2.0 bukannya payah sangat pun! Rakyat tidak menuntut jambatan emas dari Gunung Ledang ke Putrajaya. Tidak perlu setitik darah dan peluh pun mengalir. Rakyat hanya mahu pilihanraya yang adil dan BERSIH!!!

1 comment:

Anonymous said...

Biar pun laporan dibuat kepada semua balai polis seluruh negara oleh umporno laknatullah atau proksi/agen nya, namun BERSIH 2 tetap akan diadakan, kiranya kerajaan enggan melayan tuntutan yang dikemukakan demi memantapkan sistem demokrasi yang lebih adil. AJK penganjur BERSIH 2 hendaklah berwaspada, kerana kiranya pemuda umporno apco turun sama pada hari itu, mereka akan mengupah kumpulan samseng yang berada dalam umno/bn untuk turut serta. Lojiknya ahli umno yang cerdik tak akan turut serta, tetapi kumpulan gurkha ini mahukan upahnya dan kemungkinan kumpulan ini akan membuat provokasi untuk mengeruhkan keadaan, dibimbangkan penyokong PR yang akan ditangkap atau dibelasah, tapi kita tak kisah demi menegakkan keadilan dan berjuang kerana Allah. Namun persediaan mental dan fizikal harus dimantapkan.