14 July 2011

ADNAN YAAKOB NAK BUAT AKAUN FACE BOOK 3 JUTA SOKONG PM

Menteri Besar Pahang, Dato Adnan Yaakob hari ini di sini berkata, beliau pun boleh buka akaun Face Book untuk menghimpunkan tiga juta penyokong Umno / BN sebagai maklum balas kepada sebuah akaun Face book yang menuntut PM meletak jawatan. Klik sini.

Jangan cakap je...buatlah. Selama ini pemimpin Umno / BN hanya pandai berkokok dari dalam reban je. Apabila Bersih nak berhimpun, Pemuda Umno cabar nak lawan habis-habisan sanggup bertembung dan tak gentar dengan himpunan Bersih. Kesudahannya hanya kira-kira 300 je yang hadir itu pun termasuk mat bangla - mat bangla yang kerja kilang papan yang memakai baju Patriot.

Cakap bergegar-gegar, nak kumpul ahli persatuan silat lah akhirnya hanya berani bersilat depan TV. Perkasa (m) yang beria-ia suruh orang cina simpan stok makanan hanya berani berkumpul mengadap TV di restoran di Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu sambil minum Lycee Kang suam.

Saya nak tunggu berapa juta ahli dan penyokong Umno dari JKKKKK sampai ke pemimpin atasan Umno/BN yang memiliki akaun FB untuk menyokong PM.Dengar cerita ada pengerusi JKKKKK nak buka komputer pun tak reti!

3 comments:

Anonymous said...

tak payah buang masalah baik dok jengok-jengok lynas tu.........tolong jaga Pahang elok2....hutang dah bertimbun takp ayah nak ampulah si bahalol najib tu.

Anonymous said...

saya sangat yakin rakan fb nya nanti akan melebihi 3 juta, sebabnya 1) puak patriot dari bangladesh pun sudah ratusan ribu, 2) PATI yang dapat mykad dah ada 1.2 juta, campur 3) rakan hantu dari alam kubur tak tahu berapa ratus ribu pula,

untuk nan akob, kamu ampu lah najib tu sebelum dia tersungkur.

misnona said...

memang umno ramai penyokong, RTM,TV3,TV9, Utusan, Berita, Sinar, Perkasa, pasukan uniform gelap, dan orang yang tak mahu perubahan. di pahang lagi ramai terutama di kawasan parlimen pekan, di sana ramai kampuchea yang naik perahu (sebab berair depan rumah) pun sokong umno. hidup dan matinya kerana umno. tapi boleh ke capai sasaran sampai juta-juta tu, alangkan najib pun tak laku, inikan pula adenan yakub.campur memedi dan lelembut agaknya bolehlah, termasuk naga tasik cini, nenek mukut, dan sebagainya.