06 July 2011

HISHAMUDDIN MENDERHAKA KEPADA AGONG!


DYMM Agong telah memberi perkenan kepada BERSIH untuk berhimpun di stadium pada 9 Julai ini. Titah baginda atas kapasiti Ketua Pelembagaan yang tertinggi dalam negara. Atas menghormati status baginda sebagai tunggak negara maka Bersih berkrompomi dengan berhimpun di stadium.

Patriot dan Perkasa(m) juga membatalkan demontrasi yang dirancang sebagai provokasi kepada himpunan Bersih yang dirancang lebih awal untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini atau pun cubaan anasir tertentu yang cuba mengambil kesempatan yang sering cuba menunding jari kepada BERSIH dan Pakatan Rakyat.

Titah baginda dilihat kena pada tempatnya dan telah mengendurkan ketegangan yang sengaja dicetuskan. Semua pihak perlu mengelakkan kenyataan dan pandangan yang bertentangan dengan hasrat DYMM untuk memelihara keamanan dan keharmonian.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin walaupun mungkin sesuai dengan status jawatannya tetapi amat betentangan dengan hasrat dan kehendak DYMM Tuanku. Hishamuddin dengan sikap ego dan sombongnya masih melabel BERSIH sebagai haram. Jika BERSIH haram mengapa baginda sedia bertemu dengan pimpinan mereka? Adakah Hishamuddin secara tersembunyi cuba menidakkan kuasa dan peranan Tuanku sebagai raja berpelembagaan tonggak keamanan , perpaduan dan keharmonian negara?

Maka sudah terang lagi bersuluh... mereka yang cuba menyanggah nasihat dan titah DYMM Agong adalah penderhaka! Hishamuddin seperti sengaja meneruskan provokasi agar 9 Julai ini berlaku huru hara walhal semua pimpinan Bersih telah berjanji di hadapan DYMM Tuanku bahawa perhimpunan ini akan berlangsung aman di tempat yang diperkenankan oleh baginda.

Saya yakin masih banyak lagi usaha usaha dan tangan ghaib pihak-pihak yang boleh diteka dan diduga yang merancang mewujudkan suasana panik dalam negara. Penemuan senjata yang tak masuk akal dan sekatan polis yang melumpuhkan ibu kota hari ini merupakan antara testimoni ke arah itu.

2 comments:

otaklunyai said...

siboddoh dgn kerisnya... balik2 cium keris... balik2 cium keris agak dia ni swan keris kott... atau bertuhankan keris... patutla bangangggg

misnona said...

si bodoh ni patut cium pedang, dia bukan melayu sangat. keris dah tak ada. di melaka pun tak ada orang buat keris, aku dah semak, memang tak ada. jadi keris ni adalah senjata majapahit jawa dulu. bukan melayu punya, melayu kena pakai penampar je. tu sebab jepun ajar melayu begitu. lagi-lagi kita ditipu oleh sejarah, mendewa-dewakan keris, cium keris, syirik tahu...jangan kata aku wahabi pulak.