11 July 2011

SERUAN NAJIB RAYU SOKONGAN MAJORITI SENYAP DAPAT SAMBUTAN LUAR DUGAAN!

Tahniah kepada Dato Seri Najib dan tahniah kepada rakyat Malaysia! Seruan Najib disini agar rakyat Malaysia menyatakan sokongan secara senyap di alam siber mendapat sambutan di luar dugaan. Najib memperlekeh BERSIH 2.0 kononnya dalam 10,000 je hadir, katanya di luar sana ramai lagi rakyat menolak BERSIH. Ini buktinya klik sini Harap dapat refresh atau reload selalu untuk melihat betapa 'sayangnya' rakyat Malaysia kepada Najib!

1 comment:

misnona said...

Sebenarnya BN harapkan satu kenyataan: bahawa himpunan bersih itu gagal, yang datang 60 orang, polis cukup mesra, berdakap-dakapan dengan lelaki berbaju kuning, mesra, hulur rokok, hulur makanan, aman bahagia, dan ketika itu di waktu yang sama para pencopet pun semakin garang di sana-sini,
ya tidak ada peniaga berkeluh kesah berniaga tak laku, walaupun ada 60 peserta, dengan maksud KL aman damai, perniagaan tetap tak laku, dan KL yang lengang aman damai, tidak ada pemimpin pembangkang yang kena tangkap, tak ada yang cedera, semuanya happy, inilah kisah yang mahu dipaparkan pada 9hb Julai 2011 yang lalu.
dengan kata lain media umno akan bangga, sebab perhimpunan itu gagal. mereka marah kalau ada gambar perhimpunan dipaparkan di mana-mana, mereka marah kalau ada gambar orang unjuk rasa, tapi mereka happy tengok gambar tarian poco-poco, makan durian bersama PM, makan roti jala, inilah yang dikatakan PM paling prihatian, datang ke rumah, minta makan lagi, bagi rakyat kecil, apa ada pada seorang PM yang anti rakyat, ia hanya lakonan semata-mata.