03 July 2011

UCAPAN DYMM AGONG PUN AKHBAR UMNO NAK TEMBERANG!


Hari ini DYMM Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan himpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011. Sebagai rakyat saya amat menjunjung kasih atas nasihat Tuanku demi negara yang tercinta.

Malangnya, akhbar Umno milik kumpulan Utusan ,Kosmo Online seperti lazim dan kebiasaannya sering memesong dan memutar belit kenyataan. Kalau ucapan pimpinan Pakatan Rakyat itu sudah biasa akhbar milik Umno ni buat putar belit. Apa dicakap lain dan disiarkan lain. ini ucapan DYMM Agong!Dalam ucapan DYMM Tuanku ada bertitah meminta kerajaan mahu isu Bersih diselesaikan secara rundingan dan meminta kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.” tetapi akhbar putar belit pengampu dan penipu ini tak berani nak siar cuba bandingkan apa yang disiarkan dalam Malaysia Insider di sini dengan berita dalam Kosmo Online di sini...Bandingkan juga disiarkan dalam Malaysiakini di sini Memamg betul akhbar pembelit nombor satu dalam negara sehingga ucapan DYMM Agong pun cuba nak putar belit! Daulat Tuanku!

2 comments:

otaklunyai said...

Apakah pengharaman himpunan BERSIH 2 ini merupakan satu tindakan terakhir yg boleh manjamin keamanan negara???? atau ada pihak yg terlalu takut kehilangan kuasa dan amat takut dgn kesan yg bakal dihadapi bila kehilangan kuasa mereka. atau ada pihak yg cuban menggunakan alasan keamanan negara utk menutup segala kepincangan dan kekotoran dlm pentadbiran mereka, segala penyelewengan, korupsi, jenayah, maksiat, menjual hak dan tanah org melayu dan berbagai2 dosa yg terhimpun selama 54 tahun memerintah.

Apakah pilihan yg ada kepada rakyat setelah berkali2 tuntutan dibuat supaya kerajaan berlaku adil… apa yg kerajaan lakukan… alasan demi alasan dan berbagai cara dilakukan utk menidakkan tuntutan rakyat. ini jelas. mana2 rakyat pun akan nampak dan dapat rasakan kejahatan dan penipuan oleh pemerintah ini, hanya maruah dan keimanan yg teguh yg dapat membuat seseorang itu untuk merasa sensitif dan bertanggungjawab utk mengambil tindakan kerana mereka sedar akan perbicaraan dan hisab yg bakal dihadapi di Mahkamah Allah Rabbul Jalil bila mati nanti…

Apakah mereka yg telah melakukan kerosakan dan pengkhianatan selama 54 tahun terhadap hak rakyat negara ini terutama hak2 orang melayu dan Agama Islam sanggup utk menghadapi undang2 jika kuasa mereka tumbang. Akan ada bekas2 pemimpin yg akan mati dipenjara dunia ini. Apakah mereka sanggup.

Jadi mau tak mau merekalah pihak yg beria2 akan mempertahankan kuasa mereka hatta dgn menggadai nyawa sekalipun.. ini lah orang2 yg mempunyai motif dan kepentingan peribadi yg akan menggunakan apa cara sekali pun utk kekal berkuasa. dan merekalah yg pailing takut dgn kebangkitan rakyat…

Jadi natijahnya apakah berbaloi untuk kita bersubahat secaga sedar atau tidak bgn dosa2 yg dikumpul selama 54 tahun oleh pemimpin2 durjana ini. Dan apakah kita sanggup dgn kuasa yg sedikit yg diberikan oleh Allah kepada kita utk kita berdiam diri dan melepaskan tanggungjawab ini kpd org lain... bahkan kitalah yg membawa sinar harapan utk generasi baru yg akan mewarisi negara ini. apakah kita sanggup membiarkan kerosakan dan kehancuran ini diteruskan oleh pemerintah2 yg zalim dan dungu ini.

Unknown said...

dasar umno, bila dah tersepit mereka akan gunakan raja-raja. tapi tak akan orang tak ingat, dulu mereka hentam raja habis-habisan. kerisnya mana? tu jam hari-hari cerita hang jebat derhaka. artikel utusan dan berita harian pun hantam sama, orang macam ni, memang sepatutnya sedar, 54 tahun mereka hanya berebut harta, bukan nak tolong melayu. tengok bangunan mara di KL sikit punya teruk. tak nampak perniagaan yang berjaya.asyik songkok, jahit, jahit dan jahit. lebih baik bangunan mara tu dijadikan rumah urut je atau tempat main jackpot, biar puak-puak melayu jati melepak di situ. hidup melayu.