28 April 2010

HANYA RM 1 NILAI UTUSAN MALAYSIA?


Dato Zaid Ibrahim akan memfailkan saman di mahkamah kerana tindakan Utusan Malaysia yang berterusan menyiarkan pembohongan dan fitnah yang melangkui adab dan batas kemanusiaan seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu.

Apa yang menarik, Zaid cuma menyaman Utusan RM 1 seperti yang dilakukan kepada bekas orang kuat Utusan@Umno Datuk Kadir Jasin. Ini membuktikan tujuan Zaid bukan untuk mendapat pampasan bernilai ratusan atau jutaan ringgit daripada Utusan.

Apakah nilai Utusan cuma RM 1? Kalau saya di pihak Zaid, bagi saya nilai RM 1 cukup besar dan bernilai daripada akhbar Utusan Malaysia atau Utusan Umno. Daripada pada nilai RM 1 untuk membeli akhbar Utusan Malaysia alangkah lebih baiknya saya beli makanan kucing terbuang. Ada juga faedah dan pahalanya.

Duit RM 1 akan jadi lebih bernilai kalau duit itu dimasukkan ke dalam tabung surau dan masjid atau disedekahkan kepada pengemis atau fakir miskin yang sangat memerlukan daripada membeli dan membaca akhbar yang hanya layak dijadikan tempat duduk sambil mendengar kuliah atau ceramah.

Walau bagaimanapun akhbar Utusan mesti terus dibenarkan untuk dijual dan disebarkan dengan meluas supaya generasi hari ini dan akan datang dapat menilai dan mengkaji tentang sejarah pemimpin Umno yang terus menjadi juara rasuah dan juara menipu rakyat.

27 April 2010

JALAN KE PUTRAJAYA MAKIN HAMPIR


Pilihanraya kecil Hulu Selangor membawa 1001 cerita suka duka. Seperti kelaziman, kekalahan akan menimbulkan kekecewaan. Tetapi perasaan kecewa itu tidak wujud sama sekali bila meneliti dan mentafsir angka-angka keputusan pilihanraya kecil ini.

Peluang dan potensi Pakatan Rakyat cukup besar dalam pilihanraya umum akan datang. BN yang diistiharkan menang seolah-olah hilang semangat dan kata-kata apabila meneiliti semula keputusan pilihanraya berkenaan.

BN khususnya Umno hanya menang sorak seketika. Kini mereka mula menghitung hari detik-detik kejatuhan . Mereka seperti biasa terpaksa bergantung kepada undi pos, pengundi felda, masyarakat orang asli serta pengundi saluran 1 kampung Melayu tradisional. Di samping itu BN hanya kelihatan gagah dengan propaganda media, peranan SPR dan agensi kerajaan yang di bawah telunjuk mereka.

Bermula dari isu rampasan kerajaan Perak, pilihanraya kecil Bukit Gantang sehingga pilihanraya kecil Hulu Selangor sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya orang cina menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat memberangsangkan.

Undi dan sokongan mereka tetap konsisten dan tidak terjejas. Wang dan projek mee segera serta pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Umno-BN tenyata menikam dan membawa padah kepada BN. Dalam hal ini saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Umno dan Perkasa yang berterusan memainkan isu perkauman.

Ternyata Umno-BN kini cukup tertekan dan terdesak menjelang tempoh pilihanraya umum yang bakal menjelang. Dalam keadaan sekarang Umno-BN tidak akan berani sama sekali sama ada membubarkan mana-mana DUN atau mengadakan piliahnraya umum dalam masa terdekat.

Apa yang yang saya harapkan perpaduan dan kerjasama yang erat dalam Pakatan Rakyat dapat dikekal dan dipertahankan. Dalam masa yang sama semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat mengelakkan sebarang isu dalam atau isu sensitif yang boleh membuka ruang kepada Umno-BN 'bernafas' dan menyerang Pakatan Rakyat.

25 April 2010

ISRAEL TERUS MENGGANAS DI GAZA.TERGAMAKKAH ANDA MENJADI PENYOKONG ISRAEL?


Bertempat di bumi Gaza, umat Islam Palestin terus berjuang dengan darah dan air mata untuk mempertahankan tanah air mereka. Laporan akhbar hari ini, tentera Israel, Yahudi laknatullah menembak dengan peluru hidup mencederakan tiga rakyat Palestin dan seorang wanita dari Malta.

Keempat-empat mangsa di tembak ketika mereka memasuki pada jarak 300 meter ke dalam kawasan persempadanan Gaza yang diistiharkan sebagai zon larangan oleh rejim Israel.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 150 orang termasuk enam warga asing mengadakan tunjuk perasaan menentang tindakan Israel mengharamkan petani Gaza mengusahakan tanah milik mereka.

Wanita Malta yang ditembak di kaki oleh tentera Israel itu dikenali sebagai Bianca Zimmit, 28, merupakan ahli kumpulan Gerakan Perpaduan Antarabangsa (ISM) yang pro-Palestin.

Menurut ISM, Zimmit cedera ditembak ketika dia sedang membuat rakaman tunjuk perasan yang berlangsung di sebelah timur kem pelarian Al-Maghazi, kira-kira 100 meter daripada kawasan sempadan

Usah bersedih, usah bersimpati dan usah mengalirkan air mata jika anda terus menyokong mereka yang bersekongkol dengan regim Yahudi ini.

Anda tahu apa itu APCO-Worldwide? Syarikat milik Yahudi yang mendapat bayaran RM 77 juta dari kerajaan 1Malaysia. Adakah anda yakin duit itu tidak disumbangkan untuk membeli peluru dan senjata untuk merobek batang tubuh, menumpahkan darah dan meragut nyawa rakyat Palestin?

24 April 2010

ZAID DIJANGKA TEWAS DI PETI UNDI INI....

Perkembangan muktahir menunjukkan bahawa calon PKR Dato Zaid Ibrahim dijangka akan memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor dengan majoriti yang lebih baik berbanding sebelumnya dalam pilihanraya umum lalu.Maklumat dari informer saya dari kem Umno juga turut mengakuinya.

Walau bagaimanapun, peti undi ini dijangka Zaid bukan sahaja akan kalah teruk tetapi bakal hilang deposit!

KENDERAAN BERAT TAK BOLEH BAS BOLEH KATA POLIS


Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata dalam satu kenyataan akhbar hari ini semua kenderaan berat di larang memasuki Kuala Kubu Bahru mulai 12 tengah malam ini hingga 12 tengah malam esok kecuali bas...........

Menurut beliau...

“Kenderaan-kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke bandar Kuala Kubu Bahru melainkan kenderaan yang ada sebab seperti bas dan sebagainya.

23 April 2010

ALI RUSTAM MAHU PENDIDIKAN SEKS DITERUSKAN DI SEKOLAH


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam menggesa agar cadangan pendidikan seks diteruskan pelaksanaanya di sekolah. Perkara ini dinyatakan dalam lawatannya ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ek Tee di Klebang baru-baru ini.

Walau bagaimanapun beliau meminta Kementerian Pelajaran membuat penjelasan lanjut kepada ibu bapa dan menukar nama pendidikan seks untuk mengubah persepsi masyarakat.

Inilah contoh pemikiran pemimpin Umno untuk memesongkan makna seolah-olah ingin menghalalkan sesuatu tindakan. Misalnya istilah arak kepada minuman keras. Bagi pemimpin Umno meminum arak bukan satu kesalahan besar berbeza jika dilakukan oleh orang lain selain daripada pemimpin Umno.

Sebab itulah dalam Umno ada judi halal dan judi haram. Sport Toto, 4D, judi di Genting Highlands termasuk kateogori judi halal sebab itulah pemimpin Umno sokong untuk diberi lesen dan kemudahan.

Apakah dengan menukar nama zina kepada seks bebas, rasuah kepada politik wang, arak kepada minuman keras maka masyarakat akan terdidik dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang bertentangan di sisi Islam? Boleh jadi sebab itulah juga disebabkan istilah politik wang yang digunakan oleh pemimpin Umno, maka rasuah yang dilakukan oleh Ali Rustam dalam pemilihan Umno lalu tidak dianggap sebagai satu perbuatan yang berdosa di sisi agama dan undang-undang negara. Lantaran itu, Ali Rustam masih mampu dengan muka tak malu di Hulu Selangor mengaibkan orang lain, sekaligus menggambarkan dirinya suci dan bersih.

Inilah contoh apabila, Islam tidak dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam semua masaalah. Maka sebab itulah Ali Rustam sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri memotong elaun guru takmir yang mengajar masjid dan surau di Melaka daripada RM 50 yang kini tinggal cuma RM 10 je bermula awal tahun ini. Adakah masyarakat Barat yang dikiblatkan oleh pemimpin Umno seperti Ali Rustam berjaya mengatasi gejala zina dan anak haram setelah memperkenalkan pendidikan seks di sekolah?

Ali Rustam sebagai Pengerusi MAIM cuba lihat statistik kes zina, pertambahan anak haram dan kes buang anak di Melaka. Adakah Ali Rustam mahu kes-kes yang terus naik mendadak ini terus meningkat umpama pesta maksiat yang sedang subur di Melaka sekarang?

22 April 2010

MENGAPA UMNO-BN CUKUP GERUN JIKA ZAID MENANG?

Sehingga hari ini Umno-BN seperti hilang arah dan pertimbangan berhadapan dengan Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor. Mereka tidak boleh menerima kekalahan di Hulu Selangor. Kekalahan di Hulu Selangor akan menjadi mala petaka besar kepada Umno-BN dan kerajaan 1Malaysia dan bakal membawa reformasi besar senario politik dalam negara.

Kekalahan di Hulu Selangor lebih perit untuk dihadapi dan diterima oleh Umno-BN berbanding kekalahan dalam pilihanraya kecil lain pasca pilihanraya umum lalu termasuk kekalahan dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ini kerana kekalahan di Hulu Selangor bermakna dengan sendirinya 1Malaysia gagal. Bermakna rakyat mengakui dan menerima bahawa 1Malaysia diresapi oleh pengaruh Yahudi seperti yang didedahkan di parlimen dan rakyat di Hulu Selangor oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ini juga bermakna kerana orang Melayu dan umat Islam di negara ini cukup sensitif dengan isu kekejaman dan kezaliman golongan Yahudi dan kuncu-kuncunya. Maka sesiapa yang menjalin hubungan dan kerjasama dengan yahudi pasti akan menerima bala dan musibah.

Kemenangan Zaid Ibrahim juga amat ditakuti kerana ini akan menilai sejauh mana rakyat Hulu Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya termakan dengan terpengaruh dengan cerita Liwat 2 yang sedang rancak dibicarakan di mahkamah.

Di samping itu kemenangan Zaid Ibrahim juga akan memberi mesej yang cukup jelas bahawa isu wakil rakyat lompat parti tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Sekaligus akan memberi isyarat kepada wakil rakyat yang telah melompat parti atau memasang niat untuk melompat agar membatalkan hasrat mereka. Kecualilah wakil rakyat berkenaan memang tidak mempunyai akal dan perasaan serta telah gelap mata dengan pelbagai tawaran dan ganjaran.

Bagi saya, kemenangan Zaid juga bakal merencatkan hasrat Umno-BN untuk terus menggunakan serangan peribadi khususnya kepada Anwar Ibrahim dalam pilihanraya akan datang. Kalau dilihat perkembangan terbaru di Hulu Selangor,Umno-BN cukup menggila melancarkan serangan peribadi untuk membunuh karektor Zaid Ibrahim di kalangan rakyat dan pengundi di Hulu Selangor.

Justeru itu saya tidak hairan dan pelik melihat Perdana Menteri 1Malaysia sendiri terpaksa turun berkempen habis-habisan di Hulu Selangor walaupun masih kepenatan baru pulang dari luar negeri. Amat jarang berlaku dalam pilihanraya kecil Perdana Menteri terpaksa turun berkempen untuk memenangkan calon BN.

Jika PM tidak berhabis-habisan di Hulu Selangor bermakna Umno-BN akan 'habis' dalam pilihanraya umum akan datang...

20 April 2010

UMNO BARU TAHU ARAK DAN JUDI HARAM..

Pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan pemimpin Umno menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Apa yang menariknya dalam pilihanraya kecil kali ini Umno seolah-olah sudah insaf dan bertaubat bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam. Mungkin selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup. Lesen-lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini kemungkinan besar akan ditarik balik.

Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka 'ulama-ulama' dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.

BN GUNA TAKTIK LAPUK DI HULU SELANGOR


Pilihanraya kecil Hulu Selangor seperti sudah diketahui skrip dan jalan cerita serta kesudahannya nanti. Satu persatu taktik yang digunakan oleh BN membuktikan BN kini tandus dan kering isu untuk berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Adegan lompat parti, serangan peribadi ibarat meludah ke langit kena muka sendiri. BN cuba menutup kelemahan mereka dalam soal mencari calon dengan menggunakan strategi basi dan ketinggalan zaman.

Fakta yang dikemukakan seperti kerjasama kerajaan 1Malaysia-APCO milik Yahudi gagal dijawab sehingga hari ini. Begitu juga tindakan kerajaan 1Malaysia melalui Petronas menghentikan bekalan gas ke Iran yang mendedahkan Kerajaan 1Malaysia kini melutut kepada Amerika gagal dijelaskan dengan meyakinkan.Teknik super impose yang digunakan oleh jentera Umno di Hulu Selangor untuk memburukkan Zaid Ibrahim adalah teknik kemahiran level sekolah rendah. Malah saya yakin budak sekolah rendah boleh hasilkan kualiti yang lebih baik daripada bahan kempen yang dihasilkan oleh Umno.

Rasuah dan janji pilihanraya yang digunakan oleh Bn pula, saya dah dengar digunakan oleh BN sejak bangku sekolah rendah lagi. Begitu juga dengan cerita-cerita lompat parti.

Seterusnya seperti dijangka, dua calon bebas proksi Umno dan MIC menarik diri yang sebenarnya mendedahkan kedangkalan dan kebodohan jentera BN berhadapan dengan strategi Pakatan Rakyat.Awal-awal lagi saya tidak meletakkan sebarang gambar bahawa terdapat empat calon yang akan bertanding di Hulu Selangor. Apa yang saya nak beritahu, penduduk orang asli di Hulu Selangor pun lebih bijak dari strategi kempen yang digunakan oleh BN di Hulu Selangor.

Kalah menang memang adat dalam bertanding dalam pilihanraya. Tetapi kalau nak bagi kemenangan pun bagilah pada calon dan parti yang lebih cerdik supaya kita tidak dipersalahkan oleh anak cucu cicit kita nanti...


19 April 2010

ADUN LOMPAT HEE YIT FONG DAPAT GELARAN DATUK


Adun Jelapang, Hee Yit Fong yang sebelum ini bertanding melalui kerusi DAP dan kemudian menjadi Adun 'Bebas' bakal mendapat gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Perak esok.

Anugerah ini sebagai mengharagai jasa-jasanya yang begitu besar kepada Perak dan kerajaan 1Malaysia selain berjaya mencipta satu rekod dalam politik dunia.....

Mungkin selepas ini giliran YB Motor besar, YB Syarikat RM 2 dan YB lompat pula yang akan menerima gelaran Datuk.

Siapa lagi nak gelaran Datuk?