15 July 2008

BICARA PENGHUJUNG MALAM….

Selamat Datang…Ahlan wa Sahlan….pelajar baru ke IPPM. Malam ni saya selesai mengendalikan slot pertama- Ice Breaking. Setiap kali pelajar baru mendaftar, saya dah dapat menduga tugasan yang akan diberikan kepada saya. Mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Walau pun ramai pensyarah – pensyarah baru Bimbingan Kaunseling dan pensyarah lain yang lebih berkaliber di IPPM tapi nama saya masih tertera dalam buku program untuk kendalikan LDK. Saya pun tak tahu mengapa…. Itulah antara rutin tugas saya setiap kali semester baru bermula…Ada seorang pensyarah baru berjumpa dan beritahu saya, dia tidak bimbang bila dapat tahu saya menjadi Fasilitator LDK. Semua beres…Senangnya lah cakap kata saya dalam hati. Bukannya apa…apabila melakukan perkara dan aktiviti yang sama saban semester dan saban tahun…Anda sendiri tentu telah dapat menduga perasaan saya…Lebih – lebih lagi apa yang dilakukan tidak dihargai…dihormati dan difahami…

Menurut guru merangkap sifu saya Dr. Shukri Abdullah…setiap orang memerlukan 3 perkara dalam hidup :

  1. Dihargai
  2. Dihormati
  3. Difahami

Walau bagaimanapun kerana tugas dan amanah, saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik. Bagi saya sikap mereka yang tidak tahu menghargai, menghormati dan memahami tugas dan sumbangan orang lain saya terima sebagai cabaran. Inilah yang memberikan kekuatan kepada saya. Kerana cabaran saya Berjaya di sekolah…kerana cabaran saya berada di USM…kerana cabaran saya menjadi guru…kerana cabaran saya sambung 'master' di UTM dan kerana cabaran saya terus berada di IPPM…Insyaallah saya akan terus mencabar diri untuk lebih Berjaya, Berjaya di dunia dan Berjaya di akhirat. Justeru itu, silap besar mereka yang menganggap saya akan berundur dan lemah bila saya diberi cabaran…Insyaallah cabaran itu akan terus memberi kekuatan dan mendewasakan saya ……setiap cabaran saya akan tempuhi dan rentasi tanpa kenal erti putus asa dan kecewa selagi jantung masih berdegup dan nadi masih berdetik….Bagi saya inilah sunatullah dalam perjuangan….

    

No comments: