28 July 2008

Sambutan Hari Pahlawan : Di antara adat dan syariat

31 Julai 2008, Negara akan menyambut Hari Pahlawan. Kepada mereka yang gugur mempertahankan Negara sekalung doa dipanjatkan semoga mereka di tempatkan di kalangan syuhada yang gugur kerana mempertahankan kadaulatan agama, bangsa dan Negara. Bagi yang mereka yang sedang berkhidmat, semoga mereka terus diberi kekuatan dan hidayah Allah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Tanpa pengorbanan mereka, keamanan yang dikecapai sukar untuk dipertahankan.


 

Artikel ini ingin mengulas dan memetik fatwa dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan pandangan yang dikemukakan oleh mufti di beberapa buah negeri tentang sambutan Hari Pahlawan, terutamanya upacara di Tugu Kebangsaan setiap 31 Julai yang sering dilakukan oleh pemimpin Negara yang bercanggah dengan Islam.


 

TAJUK : MELETAKKAN KALUNGAN BUNGA DI TUGU PERINGATAN


 

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371


 

 ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."  


 

TAJUK : BACAAN DOA DI TUGU PERINGATAN


 

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428  


 

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara' dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya". Keterangan: "Al-Ansab" maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu  


 

TAJUK : UPACARA HARI PAHLAWAN DI TUGU PERINGATAN


 

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608

 
 

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

"

No comments: