29 August 2008

Pelajar 'Kung Fu' di MRSM di Melaka

Melaka, Lima orang pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara di Melaka dibuang sekolah Isnin lalu kerana terlibat perbuatan 'ragging' ala kung Fu terhadap pelajar baru.

Kelima -lima pelajar tingkatan Empat dari MRSM berkenaan dibuang sekolah apabila perbuatan mereka dirakamkan melalui telefon bimbit dan disiarkan di laman You Tube. Ini bukan kejadian pertama, sebelum ini terdapat kes di sekolah yang sama seorang pelajar hampir lumpuh dibelasah oleh 15 orang pelajar.

Peristiwa ini menggambarkan terdapat kelemahan dan kepincangan dalam sistem pendidikan di negara ini yang perlu diperbaiki. Dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Mereka turut bertanggungjawab dengan memberi kebenaran kepada program hiburan melalaikan dan berunsur ganas di stesen - stesen TV yang merosakan golongan remaja dan anak muda. Malah, malam ini kerajaan meluluskan konsert artis simbol seks, Avril Lavigne di Stadium Merdeka walaupun mendapat bantahan dari pelbagai pihak sama ada NGO,pertubuhan agama dan parti Politik.

Di samping, jangan lupa kerajaan turut sama terlibat 'memeriahkan' sambutan Malam Kemerdekaan pada 31 Ogos ini dengan program-program hiburan keterlaluan yang menyebabkan golongan remaja dan muda mudi terus leka dan hanyut. Saksikan klip video berkenaan :

3 comments:

Anonymous said...

betul ker ka MRSM? tak nampak mcm dlm asrama mrsm jer..Jgn nak buruk2kan nama sekolah

mek chabang4 said...

mana nak diturunkan ilmu pendekar hang jebat jikalau bukan pada generasi sekarang...kaahhh...kaaahh.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.